Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penyelidik Temui Spesies Baru Ikan Berwarna-Warni Di Maldives


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Penyelidik mengesahkan bahawa ikan wrasse berwarna-warni yang ditemui di perairan Maldives, merupakan satu spesies baharu.

Ikan berwarna pelangi itu dikatakan hidup di antara terumbu karang yang biasa dikenali sebagai twilight reefs.

Menurut laporan Live Science, spesies baru ikan itu dinamakan rose-veiled fairy wrasse (Cirrhilabrus finifenmaa) yang menyerupai ikan wrasse pari baldu merah (Cirrhilabrus rubrisquamis).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua spesies itu hidup di terumbu karang mesofotik, yang tumbuh jauh lebih dalam daripada kebanyakan terumbu karang tropika iaitu antara 100 dan 490 kaki (30 dan 149 meter) di bawah paras laut.

Para penyelidik telah berjaya mengumpul spesimen pertama C. finifenmaa pada tahun 1990, namun terdapat persamaannya dengan C. rubrisquamis yang menghalang mereka daripada mengiktiraf ikan itu sebagai spesies yang berbeza.

Selepas menyedari terdapat kesalahan semasa dalam proses mengenal pasti ikan itu dalam beberapa dekad, sekumpulan penyelidik cuba mengumpul spesimen C. finifenmaa dari terumbu karang senja di sekitar Maldives.

Ketika mereka membandingkan spesimen baru dengan ikan C. rubrisquamis, mereka mendapati bahawa C. finifenmaa betina (yang kebanyakannya berwarna merah, merah jambu dan biru) adalah hampir sama dengan C. rubrisquamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, ikan C. finifenmaa jantan tidak serupa kerana terdapat lebih banyak warna oren dan kuning disisik ikan tersebut.

Para penyelidik juga mendapati bahawa C. finifenmaa mempunyai bilangan sisik yang berbeza di kawasan badan tertentu dan duri punggung yang lebih tinggi daripada sepupunya yang serupa.

Analisis DNA mengesahkan bahawa kedua-dua spesies ini berbeza secara genetik.

Di samping itu, kajian itu mendedahkan bahawa C. finifenmaa mempunyai julat geografi yang jauh lebih kecil daripada C. rubrisquamis yang kemudiannya akan dipertimbangkan dalam usaha pemuliharaan untuk melindungi spesies tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Indozone

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ALOR GAJAH – “Tidak sampai lima minit hujan, pusaran angin menerbangkan bumbung bilik tengah, dapur dan bilik air,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANAH MERAH – Seorang warga emas mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas gelang tangan dan rantai lehernya diragut semasa...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tujuh wanita yang cuba memasuki negara ini melalui...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Jelawai dekat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications