Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Penyerang Ghana meninggal dunia ekoran serangan jantung


TIRANA, Albania – Bekas penyerang antarabangsa Ghana, Raphael Dwamena disahkan meninggal dunia selepas terkena serangan jantung ketika perlawanan Liga Albania antara KF Egnatia dan FK Partizani semalam.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Albania, Dwamena telah meninggal dunia pada usia 28 tahun.

“Pasukan perubatan bergegas membawanya ke hospital dan dia meninggal dunia pada usia 28,” kata kenyataan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dwamena mempunyai lapan kaps antarabangsa bersama Ghana sehingga dianggap sebagai salah seorang bintang sedang meningkat naik tetapi masalah jantung yang dihadapi menjejaskan kariernya.

Pada tahun 2017, penyerang itu gagal menyertai Brighton tetapi gagal melepasi ujian perubatan dan berhijrah ke kelab La Liga, Levante.

Dwamena pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2020 bagi membolehkan dia meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dwamena berkelana ke Denmark, Austria dan Switzerland sebelum menyertai kelab Albania, KF Egnatia pada Januari tahun ini dan berjaya menjaringkan sembilan gol. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Hiburan

0 BERGELAR pewaris kepada seniman dan seniwati tersohor, Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Allahyarhamah Datin Saadiah bukanlah tiket untuk pelakon berkaliber, Fazlina Ahmad Daud...

Mamak News

0 Gelagat Final Piala Malaysia, Penyong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin Bahang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 kian terasa. Penyong pasukan yang bertanding,...

Sukan

0 KEM skuad Harimau Malaya pasti ‘pening kepala’ apabila beberapa tonggak utama pasukan berisiko menghadapi kecederaan menjelang saingan Piala Asia 2023 yang akan membuka...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications