SRI Pahang FC terus rancak memperkenalkan pemain baharu yang akan memperkuatkan pasukan musim 2022 dengan memperkenalkan penyerang dari Jordan, Mahmoud Salim Za’tara.
Kehadiran pemain berusia 30 tahun ini pastinya akan mengemudi jentera serangan Sri Pahang dalam saingan Liga Malaysia 2022, mengisi kekosongan ditinggalkan Kenny Athiu.
Pemain yang membantu Al-Wehdat muncul naib juara Jordanian Pro League serta Piala Super Jordan 2021 ini cukup dikagumi kerana kelicikan dan sentuhan klinikalnya di depan gawang.
Za’tara yang berusia 30 tahun turut pernah menyarung jersi beberapa kelab di negara Timur Tengah seperti Oman, Qatar, Kuwait, dan Bahrain selain berpengalaman beraksi di saingan Piala AFC dan kelayakan Liga Juara Asia.
Berhijrah ke Asia Tenggara buat kali pertama, Za’tara yang turut mempunyai kap bersama skuad kebangsaan Jordan sudah bersedia mempertaruhkan pengalaman luasnya untuk mengegar bersama Sri Pahang.
