Hi, what are you looking for?

Sukan

Penyerang lain perlu isi tempat Faizal


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Ketiadaan penggempur utama, Faizal Saari pada siri Jelajah Eropah sama sekali tidak menghadirkan rasa bimbang dalam diri ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Arul Selvaraj.

Sebaliknya, Arul percaya tujuh penyerang yang dibawa daripada senarai 22 pemain menghadapi empat perlawanan persahabatan di Brussels, Belgium mampu menggalas tugas Faizal menjaringkan gol.

“Saya tak risau sebab saya yang benarkan dia (Faizal) bermain di Belanda sekarang untuk kebaikan dirinya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami ada ramai pemain muda berbakat besar dan mempunyai kadar beban kerja yang tinggi. Mereka tahu apa yang dikehendaki daripada pasukan dalam diri mereka,” kata Arul.

BARISAN pemain dan kejurulatihan skuad hoki negara berlepas ke Belgium dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. – MHC

Faizal tidak dapat bersama skuad Malaysian Tigers kerana mempunyai tugasan bersama kelabnya, ZSV Schaerweijde yang beraksi dalam saingan Hoofdklasse iaitu saingan liga hoki No.1 Belanda dan Eropah.

Bagaimanapun, Malaysian Tigers masih mempunyai penyerang-penyerang untuk diharapkan mencari gol seperti Muhammd Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Shello Silverius, Muhammad Ramadan Rosli dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal.

Selain itu, Arul turut membawa dua lagi penyerang iaitu bintang muda, Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd. Rahim dan Muhammad Najib Abu Hassan yang kebiasaannya beraksi di bahagian pertahanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
SHAHRIL (dua dari kiri) antara tujuh penyerang yang dibawa menghadapi siri Jelajah Eropah menentang Belgium dan Perancis. – MHC

Skuad negara akan berdepan ‘Belgium A’ esok diikuti aksi sebenar menentang pasukan ranking kedua dunia, Belgium pada Rabu sebelum dua perlawanan dengan Perancis pada 4 dan 6 Oktober ini.

Siri Jelajah Eropah ini adalah antara persediaan Malaysian Tigers sebelum menghadapi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India pada Januari tahun depan.

Selepas pulang dari Eropah, skuad negara akan menyertai Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Ipoh, Perak (1 November) sebelum ke Afrika Selatan untuk Piala Negara-Negara FIH dari 28 November hingga 6 Disember depan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seorang pengantin wanita meluahkan rasa terkilan apabila masih belum menerima sebarang gambar dan video akad...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING: Bekas Presiden China, Jiang Zemin yang mengemudi negara itu melalui era transformasi dari akhir 1980-an ke alaf...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUSAIL – Ketua Jurulatih Portugal, Fernando Santos boleh menarik nafas lega selepas pasukan itu mengesahkan tempat ke pu­singan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Asia Bukan Lagi Pasukan Untuk Kutip Mata, Dah Boleh Gugat ‘Gergasi’ Kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 yang berlangsung...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications