Hi, what are you looking for?

Mamak News

Perbicaraan Kes Gangguan Seksual: Hormati Proses Mahkamah, Tidak Menangguk Air Yang Keruh


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Perbicaraan Kes Gangguan Seksual: Hormati Proses Mahkamah, Tidak Menangguk Air Yang Keruh – Idris Ahmad

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menyeru agar rakyat Malaysia untuk menghormati proses mahkamah berhubung perbicaraan gangguan seksual melibatkan seorang individu yang dikenali ramai.

“Saya mengambil peluang untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia dan masyarakat umum, walaupun ianya melibatkan insan yang dikenali, kes ini adalah kes yang sedang dibicarakan di dalam mahkamah dan perlu untuk kita menghormati proses mahkamah dan serahkan ianya pada pihak berautoriti untuk melaksanakan tugasnya,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, orang ramai dinasihat untuk berpegang kepada pesan dan ajaran agama kita yang digariskan mengikut kaedah fiqh yang menyebut:

الأصل براءة الذمة

“Asal setiap sesuatu adalah tidak bertanggungjawab/tidak bersalah.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Erti kata lain seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dijatuhkan hukuman yang membenarkan kes yang berlangsung,” tulisnya.

Sepanjang proses perbicaraan itu berlangsung, beliau menegaskan agar kes itu tidak diulas sehingga menimbulkan rasa tidak tenang kepada mana-mana pihak dan imej agama.

“Kita perlu memegang akhlak dan ilmu ajaran agama terutama sekali kepada para pendakwah dan ikon-ikon besar yang diikuti orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Seluruh rakyat juga diseru untuk tidak menangguk air yang keruh sehingga tanpa sedar memberi mesej buruk terhadap nilai agama dan ramai lagi para agamawan yang berusaha membawa mesej agama kepada masyarakat dengan ikhlas dan bersungguh.

“Kita tetap tidak bersetuju dengan apa-apa perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang. Apatah lagi perlakuan yang menceroboh kehormatan diri. Jika berlaku jenayah, ia mesti dilapor kepada pihak berkuasa dan dibawa ke muka pengadilan

“Jika sabit kesalahan, hukuman yang tegas perlu diberikan kepada pelakunya, tidak kira siapa pun dia. Ini adalah kerana untuk memberi pengajaran kepada semua pihak,” maklumnya dalam kenyataan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, ibu bapa, pendidik, pemimpin, NGO dan semua pihak perlu bersatu hati untuk turun padang memberikan kempen kesedaran kepada masyarakat daripada jenayah seumpama itu, maklumnya lagi.

Perkara tersebut menjadi tugas kita semua untuk bersama-sama melindungi masyarakat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Biarlah kebenaran itu dibawa mengikut saluran yang tepat dan kita terus menjadi rakyat dan umat Islam yang bertanggungjawab dalam apa jua situasi agar Allah menilai yang terbaik terhadap usaha kita sebagai seorang muslim. InsyaAllah,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Idris Ahmad

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Semua pemain Portugal digesa untuk memainkan pe­ranan tersendiri dan tidak boleh terlalu bergantung kepada Cristiano Ronaldo...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Pemangku Raja Pahang menitahkan agar pembentukan Kerajaan Negeri Pahang antara BN dan PH mengetepikan ideologi serta sentimen politik....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Pengorbanan seorang ayah terbukti apabila tetap menunaikan tanggungjawab bagi menghantar anaknya ke sebuah universiti meskipun...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menzahirkan hasrat untuk menjadikan negaranya sebagai negara yang memiliki kuasa nuklear paling...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications