Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Percubaan Kedua SpaceX Starship Gagal


spaceX starship gagal

Percubaan Kedua SpaceX Starship Gagal

LOS ANGELES, 19 Nov (Bernama-Xinhua) — Roket baharu SpaceX Starship yang dilancarkan pada Sabtu berakhir dengan kegagalan apabila berlaku letupan beberapa minit selepas pelancaran, lapor Xinhua.

Starship berjaya berlepas menggunakan kesemua 33 enjin Raptor pada Super Heavy Booster pada kira-kira 7.04 pagi Central Time dari pangkalan Starbase SpaceX di Texas, menurut SpaceX.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Starship berjaya melepasi fasa pemisah sebelum pendorongnya mengalami masalah.

Pelancaran itu merupakan ujian penerbangan bersepadu kedua dan ujian kali ini akan membantu meningkatkan kebolehpercayaan Starship dalam usaha SpaceX untuk membolehkan angkasawan dihantar ke Bulan, Marikh dan selainnya, kata SpaceX.

SpaceX akan berkongsi lebih banyak maklumat apabila pasukan menyemak data selesai menjalankan siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

SpaceX Starship kedua

Sebelum ini, media melaporkan Pengasas SpaceX Elon Musk memaklumkan ujian kedua sistem roket Starship akan dijalankan pada 17 Nov, lapor Sputnik.

Pelancaran pertama sistem roket Starship berlangsung pada 20 April menjadikannya roket terbesar dan paling berkuasa pernah dibina. Penerbangan ujian itu terpaksa ditamatkan apabila kapal angkasa itu mula kehilangan altitud ekoran kegagalan beberapa enjinnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Musk baru-baru ini berkata SpaceX menaik taraf sistem roket Starship itu yang akan meningkatkan peluangnya untuk sampai ke orbit pada penerbangan ujian kedua nanti.

Sistem roket Starship sepanjang hampir 400 kaki itu menggunakan dua komponen boleh guna semula, termasuk Super Heavy Booster yang menggunakan 33 enjin Raptor berkuasa metana dan kapal angkasa Starship yang dilengkapi enam enjin Raptor.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Percubaan Kedua SpaceX Starship Gagal appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Lifestyle

0 Perjalanan Alyssa dalam Universe Ticket Berakhir, Pengunduran Penuh Spekulasi Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications