Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Percutian terakhir, wartawan hiburan tanah air meninggal dunia di London


LONDON – Dunia kewartawanan hiburan tanah air berduka apabila wartawan, Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, yang sebelum ini dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Charing Cross di London, England, meninggal kira-kira pada pukul 3 petang, waktu tempatan atau sekitar pukul 11.30 malam (waktu Malaysia), hari ini.

Menurut adiknya, Siti Nor Hazlinda, 39, Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat
pendarahan otak disebabkan sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan hingga mengakibatkan arwah rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam.

Ujarnya lagi, suami kepada arwah, Mohd. Roshdi Ramli kini dalam proses perbimcangan dengan pihak kedutaan Malaysia di London, untuk urusan membawa pulang jenazah ke tanah air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami baru dapat bercakap dengan suami arwah. Keputusan membawa pulang jenazah masih dalam proses perbincangan terutama membabitkan kos. Suami arwah sedang berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia di sana.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu termasuk memberikan sumbangan kepada keluarga arwah. Doakan perjalanan terakhir kakak saya dipermudahkan,” katanya.

Menurut Hazlinda, kejadian berlaku beberapa jam sebelum kakaknya bersama suami serta dua anak mereka akan berlepas pulang ke tanah air selepas bercuti di London.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, percutian ke negara itu adalah hajat terakhir kakaknya bagi meraikan kedua anaknya, Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.

“Sebelum ini kami sekeluarga memberi nasihat agar fikir dahulu sebelum ke sana. Tetapi dia cakap dah janji nak membawa anak-anaknya bercuti.

“Dia memang nak menggembirakan mereka. Malah, itu juga adalah hajat terakhirnya untuk bersama suami dan anak-anak,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Fiza yang juga wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London.

Dia, suami dan dua anaknya berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember.

Meskipun keadaan kesihatannya kurang baik sebelum ini, keluarga memilih untuk menunaikan hajat Fiza bercuti atas permintaan beliau sendiri. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement