Hi, what are you looking for?

Mamak News

Perhilitan Negeri Sembilan selamatkan beruang matahari


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

JELEBU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan berjaya menyelamatkan seekor beruang matahari di Kampung Petaseh Hilir di sini, 15 September lalu.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, pihaknya menjalankan operasi menyelamat haiwan tersebut yang memasuki perangkap dipasang mereka.

Menurutnya, beruang matahari itu memasuki perangkap sehari selepas ia dipasang oleh Perhilitan Negeri Sembilan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Beruang matahari itu dilaporkan berkeliaran di kawasan kampung oleh orang awam dan berdasarkan aduan yang dibuat, pihak jabatan bertindak memasang perangkap bagi menangkapnya.

“Haiwan jantan dewasa itu mempunyai anggaran berat antara 70 hingga 80 kilogram berusia antara tiga hingga empat tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perhilitan Negeri Sembilan melakukan operasi menangkap beruang matahari.

Dalam pada itu, Nurul Ermi berkata, hasil pemeriksaan oleh doktor veterinar jabatan mendapati beruang matahari tersebut berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kecederaan.

Sehubungan itu menurutnya, pihak jabatan bertindak melepaskan semula haiwan itu ke habitat asal. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LIVERPOOL: Seorang wanita maut akibat dihempap almari lama bersaiz besar di Hotel Aphi pada pukul 6.30 pagi, 10...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Hakikat cari kerja zaman sekarang, sememangnya sangat mencabar. Mana tidaknya, cari kerja sekarang ibarat ‘menjual’ atau marketing diri...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SPEKULASI percintaan pelakon Leonardo DiCaprio bersama mo terkenal, Gigi Hadid kini memasuki fasa baharu selepas disahkan sendiri keluarga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications