Hi, what are you looking for?

Mamak News

Perkasa ekonomi antara fokus Belanjawan Selangor 2023


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA- Pembentangan Belanjawan Selangor 2023 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat ini, akan memfokuskan kepada pemerkasaan kegiatan ekonomi negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, istilah ‘resilient’ (tahan uji) yang diperkenalkan dalam belanjawan lepas akan diperkasakan lagi supaya dapat menongkah gelombang kemeselatan ekonomi tahun hadapan.

“Negeri Selangor merupakan negeri yang boleh menongkah arus walaupun keadaan ekonomi dijangka mencabar tahun depan disebabkan oleh krisis bekalan dan geopolitik yang tidak seimbang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pembentangan belanjawan jumaat ini akan diikuti dengan beberapa pindaan melibatkan enakmen luas dan juga berkenaan saraan ataupun pencen,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Selangor Masters 2022, disini, hari ini.

Tambahnya lagi, beberapa inisiatif lain buat anak-anak muda, wanita, dan pemerkasaan ekonomi juga akan turut dibentangkan.

Sementara itu, Amiruddin berkata rang undang-undang penting akan dibentangkan seperti perbekalan (belanjawan), enakmen luas (pindaan) dan tubuh kerajaan negeri supaya undang-undang anti lompat parti dapat diselaraskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dua yang terpenting iaitu undang-undang perbekalan (belanjawan) dan pindaan terhadap undang-undang tubuh kerajaan negeri akan mula kita bentangkan esok,” katanya.

Terdahulu, belanjawan tersebut yang sepatutnya dibentangkan pada Oktober lepas, telah ditangguh ke 25 November ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).- KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KABUL: Krisis kebuluran yang semakin meruncing di Afghanistan menyebabkan segelintir ibu bapa sanggup memberikan anak-anak makan ubat penenang...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUSAIL – Juara dunia lima kali, Brazil tiada masalah untuk membuka kempen Piala Dunia 2022 dengan langkah kanan...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – “Kita semua nak cari makan dan punya kerjaya seni yang gemilang.” Itu kata-kata dari bibir...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Is Sabri Ucap Tahniah Kepada Anwar, Doakan Kerajaan Baharu Dapat Teruskan Kestabilan Politik Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications