Lisa Blackpink kini telah mengikut jejak Jennie dan Rose untuk melebarkan sayap kerjayanya dengan menjejaki dunia solo. Tampil dengan “LALISA“, kemunculan debut solo Lisa dari kumpulan Blackpink itu memang ditunggu-tunggu setelah sekian lama oleh para peminatnya.
Kini setelah 24 jam dilancarkan, MV single pertama Lisa yang berjudul “LALISA” sudah meraih lebih dari 75 juta views dan menjadi trending nombor #1 dalam kategori muzik.
Single LALISA tidak hanya trending di Youtube, malah ia telah mendominasi carta lagu iTunes di seluruh dunia dalam hanya beberapa jam selepas dilancarkan.
Berikut 6 fakta menarik dari MV debut solo Lisa, LALISA.
1. Visual yang ‘WOW’ diawal permulaan MV
Lisa kelihatan sungguh memukau dari seawal minit pertama MV membuatkan peminat jatuh cinta dengan visual yang ditonjolkan. Video bermula dengan Lisa berjalan dengan berpakaian gaun berserta rambut panjangnya, dengan babak seterusnya menampilkan Lisa dengan rambut pendeknya yang cantik, menggayakan sut yang menampilkan band rock dan heavy metal, Kiss dan Iron Maiden.
“You know just from looking at my back, When it gets dark, the light shines pink, When the bright light wakes me up, I shake up the world”
Bukan hanya dari penampilannya, muzik dan rap-nya juga membuatkan peminat semakin jatuh cinta.
2. Menunjukkan sisi maskulin, Lisa tunggang superbike
Tidak hanya menampilkan gaya girl crush, Lisa juga menampakkan sisi maskulin dengan adegan menunggang motor seperti yang telah diperlihatkan dari poster-poster teaser-nya sebelum ini. Dengan berpakaian serba hitam, Lisa kelihatan berada di atas superbike dan menyusuri jalan. Auranya semakin kuat ketika Lisa menunggang ATV dalam babak berikutnya.
3. Sisi feminin Lisa diserlahkan
Jika sejak awal video latar yang ditampilkan didominasi warna gelap dengan sisi Lisa yang kelihatan ‘badass’, masuk ke part bridging, adegan beralih ke latar yang lebih colorful dengan sisi Lisa yang ceria, feminin tapi tidak lepas dari imej YG yang cool. Suasana adegan ini akan membuatkan anda teringat pada muzik video “Ice Cream” nyanyian BLACKPINK bersama Selena Gomez.
4. Keinginan dipenuhi, Lisa tampil bak Ratu Thailand
Dipetik dari sebuah temubual, Lisa memberitahu ingin memasukkan elemen budaya Thailand pada video musik lagu debutnya nanti. Perkara itu telah disambut baik dan dipenuhi oleh YG Entertainment. Maka tercapailah hasrat Lisa yang tampil bak Ratu Thailand dengan memakai pakaian adat dan aksesori khas Thailand, dari mahkota di kepala, kuku, sehinggalah pakaian serta latar belakang yang menyerupai takhta kerajaan khas Thailand.
Lagu, koreografi dan albumnya pun tak lepas dari nuansa dan unsur Thailand yang merupakan idea dari Lisa.
“Saya sangat ingin memasukkan sentuhan Thailand dalam lagu kali ini, dan Teddy telah menggubahnya dengan gaya Thailand, jadi saya berasa sangat tersentuh dan seronok. Saya juga memasukkan elemen hitam dan emas dalam reka bentuk album,” beritahu Lisa seperti yang dipetik Newsen via Naver.
5. Menonjolkan keyakinan diri
Dalam lagu LALISA itu juga, Lisa menunjukkan keyakinan dirinya dan kisah perjalanan kariernya. Dalam scene yang memaparkan budaya Thailand, Lisa menceritakan bagaimana dia mengejar cita-citanya sehingga berjaya mencapainya.
Perkara itu diberitahu dalam liriknya yang berbunyi “You cannot see me even though I show you all my ways. From Thailand to Korea, and now here, went for the throat. Being the greatest of all time ain’t fantasy. Jet black and pink crown belongs to we.”
6. Bakal mengeluarkan tiga buah lagu lagi
Projek solo Lisa ini akan menampilkan empat buah lagu, termasuk “LALISA” dan B-side “Money”, berserta versi instrumental. Lagu “LALISA” dicipta oleh komposer yang menghasilkan album BLACKPINK, seperti 24, Bekuh Boom dan Teddy Park. Sementara lagu “Money” ditulis oleh 24, Boom, R.Tee dan Vince.
Sekian 6 fakta menarik dari video muzik debut solo Lisa BLACKPINK yang sedang ‘trending‘ walaupun baru sahaja dilancarkan.
BACA: ‘Bella Ciao’ Versi Yuna & Orkestra Filharmonik Sempena Money Heist Musim Ke-5
