Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Perlumbaan Terganggu, Biawak Besar Dirakam Ceroboh Litar Formula 1


Perlumbaan Terganggu, Biawak Besar Dirakam Ceroboh Litar Formula 1

Seekor biawak besar berjaya dirakam memasuki dan menggangu sesi latihan perlumbaan Grand Prix Formula 1 di Singapura, lapor Daily Mail.

Menerusi perkongsian video, pemandu Red Bull, Max Verstappen terpaksa melencong untuk mengelak biawak itu yang sedang berada di atas trek tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemunculan biawak itu telah mengganggu sesi latihan selepas ia muncul di trek dalam tiga kejadian berasingan.

Kredit TikTok

Sebelum ini, Max Verstappen pernah mengalami pengalaman yang sama selepas bertembung dengan reptilia serupa pada tahun 2016.

Pemandu berusia 25 tahun itu baru sahaja keluar dari selekoh lapan di Singapura sewaktu dia bertembung dengan biawak itu di tepi trek.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertemuan itu telah memaksa Verstappen untuk memperlahankan jenteranya dan mengelak daripada melanggar haiwan tersebut.

Pada 2016 lalu, Verstappen berkata sambil berseloroh bahawa terdapat biawak gergasi berada di atas trek.

Kejadian itu berlaku semasa dia melepasi selekoh ketiga dalam perlumbaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang pemandu Red Bull yang menyaksikan Verstappen terpaksa memandu mengelilingi makhluk itu telah bertanya kepadanya sama ada dia telah bersemuka dengan Godzila.

Pemandu Red Bull berkata: “Ah! Ada biawak lagi di trek, kali ini lebih kecil.”

Jurutera perlumbaan Red Bull, Gianpiero Lambiase yang berada di sisi turut berkata dalam nada bergurau: “Faham, mungkin Godzila mempunyai anak.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Verstappen menamatkan sesi latihan di tempat ketiga, diikuti pemandu McLaren, Lando Norris tempat keempat dan Lewis Hamilton di tempat kelima.

@beinsports.asia

LIZARDS caught on track at the @f1 2023 #SIngaporeGrandPrix ! 😱 #beINSPORTS #beINF1 #Formula1 #F1 #SingaporeGrandPrix2023

♬ original sound – beIN SPORTS Asia – beIN SPORTS Asia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Santai, Main RC Mini Atas Meja Kedai Mamak

Berdasarkan video TikTok milik pengguna ABG. TRAXXAS (@jeffri696), dirinya sedang bermain RC mini ketika minum teh bersama-sama rakannya di restoran mamak.

Dengan santainya, Jeffri telah mengawal kereta mainan comelnya yang berlegar-legaran di atas meja makan. Kereta berkenaan kelihatan menyusur di sisi barangan di atas meja seperti bekas kicap, cawan, powerbank dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saiz RC yang kecil, lebih kecil jika dibandingkan segugus kunci yang diletakkan di atas meja itu membenarnya melalui ruang-ruangan sempit di atas meja.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Sumber: Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications