Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Permaisuri Johor sebak jumpa kembali bekas pengasuh TMJ


PETALING JAYA – Satu kenangan manis buat Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah apabila bertemu kembali bekas pengasuh anakanda baginda selepas tiga tahun tidak bersua.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman Facebook rasmi Keluarga Diraja Johor hari ini, pertemuan itu tidak disengajakan ketika baginda mengadakan lawatan rakyat ke Pontian, Johor.

Titah baginda, kali terakhir bertemu Nooraimi Ali, 55, adalah semasa Kembara Mahkota Johor sebelum pandemik Covid-19 ketika singgah di Pontian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semasa itu dia memberitahu bahawa anak sulungnya telah meninggal dunia akibat kemalangan. Saya cukup memahami kehilangan yang dia alami.

“Saya hendak menemukan dia dengan Tunku Mahkota dan Che’ Puan Besar Khaleeda serta paduka anakanda satu hari nanti. Insya-Allah, saya akan cuba aturkan pertemuan bersama keluarga Tunku Tun Aminah bila berkelapangan.

“Selepas bertemu dengan Amy (Nooraimi), saya terus hubungi Tunku Mahkota dan Tunku Tun. Kedua-dua anakanda saya masih mengingatinya,” titah baginda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Nooraimi yang menetap di Ayer Baloi berkata, dia terharu Tuanku Permaisuri masih mengingatinya setelah sekian lama tidak berjumpa.

“Saya juga berharap mempunyai peluang untuk berjumpa lagi dengan Tunku Mahkota Johor dan Tunku Tun Aminah selepas ini.

“Saya juga sentiasa mengikut perkembangan Keluarga Diraja Johor di media sosial,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nooraimi merupakan bekas kakitangan Istana Johor yang berkhidmat sekitar tahun 80-an hingga 90-an sebagai pengasuh kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sejak bayi hingga berusia tujuh tahun.

Mempunyai tiga orang cahaya mata, ibu tunggal ini tabah membesarkan anak-anaknya yang terdiri daripada seorang orang kelainan upaya dan seorang lagi masih bersekolah di tingkatan tiga.

Keluarga mereka disara oleh anak lelaki kedua Nooraimi yang berusia 25 tahun. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications