Hi, what are you looking for?

Burung ajuk bayi menangis

Seram

Pernah Dengar Suara Bayi Menangis Dalam Hutan? Mungkin Bunyi Dari Burung Ini


Bunyi kicauan burung adalah satu daripada keindahan alam yang boleh kita nikmati. Namun, ia boleh bertukar menjadi seram apabila bunyi burung itu seakan bunyi tangisan bayi.

Manakan tidak, secara tiba-tiba terdengar tangisan bayi ketika berada di dalam hutan, memang boleh meremang satu badan.

Seperti video yang dikongsikan di laman Twitter @TarongaZoo mengenai seekor burung di sebuah zoo di Australia yang mempunyai kebolehan untuk meniru suara seakan bayi yang menangis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video tersebut telah menjadi tular dan meraih lebih 800 ribu tontonan oleh warganet kerana ‘keajaiban’ yang dimiliki oleh burung yang bernama Echo itu.

Menerusi video, Echo dilihat sedang hinggap di atas sebatang kayu sambil menjerit dengan suara tangisan bayi.

“Mesti anda tidak menjangkakan bunyi ini! Anda tidak mendengar ‘sesuatu’, burung lyrebird Echo kami ini memiliki kemampuan yang luar biasa untuk meniru pelabagai suara termasuk tangisan bayi!” tulis Taronga Zoo.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Autralian Museum, burung itu adalah spesis burung Lyrebirds yang merupakan pakar meniru dalam hampir semua bunyi di sekitarnya. Termasuklah bunyi gergaji mesin, kereta serta bunyi binatang lain seperti salakan anjing dan kicauan burung lain.

Burung Lyrebirds mengajuk bunyi bayi
Burung Lyrebirds

Meninjau ke ruangan Twitter, warganet turut meluahkan rasa ‘seram’ mereka kerana tangisan burung itu begitu sama dengan tangisan bayi sebenar. Jika mendengarnya di hutan, pasti ada yang menyangka bunyi tersebut adalah usikan mistik!

“Kalau dalam hutan dengar, memang berterabur lah orang lari…”

Sumber: Twitter @TarongaZoo

BACA: Gadis Rakam Kelibat Seakan Pocong Sedang Bersandar Di Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications