Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Pernah Tipu Ditaja Biasiswa NASA, Netizen Dedah Pencapaian Felo Perdana Ini Juga Palsu


Nama yang sama kini sekali lagi mengejutkan umum dengan penipuan barunya

Pernah Tipu Ditaja Biasiswa NASA, Netizen Dedah Pencapaian Felo Perdana Ini Juga Palsu. Nama Azhar Ali pernah mencengkam tumpuan rakyat Malaysia pada tahun 2020 apabila lelaki ini dikatakan memenangi biasiswa NASA.

Malah, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi waktu itu, Khairy Jamaluddin, turut memberikan ucapan tahniah kepadanya. Namun, nama yang sama kini sekali lagi mengejutkan umum dengan penipuan barunya.

Pernah Tipu Ditaja Biasiswa NASA, Netizen Dedah Pencapaian Felo Perdana Ini Juga Palsu
Pernah Tipu Ditaja Biasiswa NASA Netizen Dedah Pencapaian Felo Perdana Ini Juga Palsu

Pencapaian Palsu di Program Felo Perdana

Azhar Ali baru-baru ini didapati telah menipu untuk meraih tempat dalam Felo Perdana, sebuah program prestij di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Felo Perdana adalah sebuah program yang ditubuhkan pada tahun 2013 dengan tujuan memberi peluang kepada generasi muda Malaysia untuk mendalami tadbir urus negara. Azhar Ali, dengan tindakannya, bukan sahaja merosakkan nama baik program ini tetapi juga mengguris hati rakyat Malaysia yang mengharapkan integriti dan kejujuran dari pemimpin dan peserta program ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pernah Tipu Ditaja Biasiswa NASA, Netizen Dedah Pencapaian Felo Perdana Ini Juga Palsu

Pencapaian Azhar berbeza dengan pencapaian di laman web rasmi

Keputusannya diumumkan melalui Instagram Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), yang memperkenalkan dua Felo Perdana baru, iaitu Azhar Ali dan Gan Yu Jin. Namun, beberapa pencapaian yang di claim oleh Azhar terbukti palsu.

Salah satu claim yang mendapat perhatian adalah Azhar Ali sebagai juara WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon. Tetapi, data rasmi menunjukkan bahawa pemenang sebenarnya berasal dari Vietnam, China dan Korea Selatan.

Pernah Tipu Ditaja Biasiswa NASA, Netizen Dedah Pencapaian Felo Perdana Ini Juga Palsu

Pemenang sebenar adalah dari Kenya

Selain itu, Azhar juga dikatakan sebagai finalis dalam Microsoft Imagine Cup 2021, walaupun data menunjukkan pemenang sebenar adalah dari Kenya dan Malaysia sama sekali tidak berada dalam lima peserta teratas.

Setelah isu ini tersebar luas di media sosial, Menteri KBS, Hannah Yeoh, memutuskan untuk memecat Azhar Ali pada 13 September 2023. Kementerian juga menawarkan bantuan kaunseling kepadanya dan berjanji akan menyiasat lebih lanjut untuk memastikan kejadian serupa tidak akan berulang.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications