Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Pernah viral, Shaa sasar pentas AJL


MANA mungkin boleh melupakan penyanyi bersuara lantang ini yang telah menambat hati peminat muzik tanah air menerusi single sulungnya, Pertama Kali pada 2017.

Fenomena dicipta Shaa, 28, atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari membuatkan setiap lagu yang dilancarkan berjaya meraih perhatian dan tontonan yang tinggi di saluran YouTube.

Video muzik dan video lirik lagu Pertama Kali dan Biar Ku Pergi nyanyiannya mencecah 37 juta dan 6.2 juta tontonan di YouTube! Malah, lagu ‘Pertama Kali’ kini popular di TikTok!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas lagu Biar Ku Pergi (2018) dan Tersentak di Dada (2022), Shaa kembali dengan single terbaharu berjudul Kau Bukan Milikku hasil ciptaan sepenuhnya Mekiya terbitan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.

Shaa berkata, dia sekali lagi mempertaruhkan genre balada pop Melayu yang sesuai dengan vokalnya selain memenuhi permintaan pendengar.

“Genre lagu kali ini sama saja macam lagu terdahulu saya. Bagi saya, genre ini kena dengan vokal saya. Malah, peminat juga memberikan maklum balas yang baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lagu Kau Bukan Milikku mengisahkan pasangan yang tidak jujur. Dia seakan-akan cinta sepenuh hati tetapi sebenarnya penuh sandiwara sedangkan pasangannya mengharapkan cinta sejati.

“Kalau diamati bait lirik lagu ini, ia mungkin ada kaitan dengan mana-mana pasangan yang pernah melalui episod percintaan sebegini. Jadi, mereka dapat rasa betapa pedih dan sakitnya hati,” katanya.

Menurut Shaa lagi, lagu Kau Bukan Milikku ada keunikan tersendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lagu ini mempunyai kelebihan dari segi melodi dan lirik. Melodinya sangat menarik dan mampu memukau pendengar. Gubahan muzik yang moden menjadikan lagu ini kedengaran lebih segar dan kena dengan trend terkini.

“Selain itu, liriknya juga berkualiti dan mampu menyentuh perasaan setiap pendengar. Seakan ada hubungan emosi yang kuat ketika mendengar lagu ini kerana ia mampu menggambarkan situasi atau perasaan manusia secara asli,” katanya.

Berkongsi lanjut, Shaa berkata, dia tidak mengambil masa yang lama untuk merakamkan lagu itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebelum ini, proses rakaman ambil masa yang lama bagaimanapun untuk lagu ini, sekejap saja.

“Cuma, agak mencabar apabila perlu menjiwai lagu serta hafal lirik dan melodi dengan cepat.

“Sebenarnya, ini kali kedua saya bekerjasama dengan komposer Mekiya. Kali pertama menerusi lagu Biar Ku Pergi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepertimana single terdahulu, Shaa meletak harapan yang tinggi lagu Kau Bukan Milikku diterima baik pemintanya dan pencinta muzik tanah air.

“Harapan saya sangat tinggi sebab saya sudah buat yang terbaik untuk lagu ini. Semoga Kau Bukan Milikku diterima baik, disukai dan menjadi pilihan ramai.

“Diharap lagu ini juga dapat mengharumkan semula nama saya dalam persada muzik negara dan sudah pasti mahu tercalon dalam Muzik Muzik seterusnya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sambung Shaa lagi, Kau Bukan Milikku turut mendapat sentuhan pemuzik berbakat besar iaitu Farez Asmadi yang bertindak selaku penerbit dan penggubah merangkap pemain piano serta strings, Pown Hasril (gitar), Tariq Tahir (bes) dan Syazwan Yazid (dram).

Lagu itu sudah boleh didengar di semua pelantar digital sejak 29 Disember lalu.

Sementara itu, video lirik dan video akustik Kau Bukan Milikku boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement