Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pertahan Maruah Isteri Dari Diganggu, Pemain Bola Sepak Maut Diracun Sepupu Sendiri


Pemain bola sepak Ivory Coast, Oussiu Konan dilaporkan telah meninggal dunia kerana didakwa telah diracun ketika bercuti.

Memetik laporan portal Kingfut, penyerang berusia 32 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhir di kampung halamannya di Yopougon dan suspek utama yang menjadi dalang kematiannya itu adalah sepupunya sendiri.

Difahamkan, Konan pada ketika itu sedang menghabiskan masa dengan bercuti di kampung halamannya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian itu tidak didedahkan.

Konan telah memulakan kariernya dengan bermain untuk kelab di Ivory Coast iaitu Africa Sport sebelum berpindah ke Mesir pada 2010 untuk menandatangani kontrak bersama Misr El Makkasa.

Dia juga berjaya menjaringkan 11 gol dalam 12 perlawanan yang menarik perhatian kelab gergasi Mesir, Al-Ahly.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Konan baru-baru ini menyertai pasukan divisyen dua Saudi Al-Bukiryah FC yang baru ditandatangani pada September lalu.

Sumber: King Fut, The Sun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 MONACO – Juara dunia, Max Verstappen mengakui gusar de­ngan ancaman yang bakal diberikan oleh Ferrari menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco malam ini....

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Hiburan

0 MENDIANG merupakan antara pemuzik paling berbakat dan berpengaruh pernah dilahirkan di dunia. Kenyataan tersebut adalah satu fakta yang sukar berganjak. Tina Turner. Sepotong...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications