Hi, what are you looking for?

Tempatan

Pertubuhan G57 kesal ahli kariah rakam video remaja dimandi seperti jenazah


PETALING JAYA – Pertubuhan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menyelar tindakan sekumpulan ahli kariah sebuah masjid merakam dan menyebarkan video seorang remaja lelaki yang ditangkap dan dimandikan seperti jenazah kerana mencuri tabung masjid.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, perbuatan memuat naik rakaman video remaja itu dimandikan dalam bilik jenazah di media sosial sambil imam memukulnya perbuatan yang boleh dielakkan.

“Mendedahkan aib bukannya mencerminkan ajaran agama Islam yang sebenar. Simpati orang ramai kepada pemuda itu bukan bermakna menyokong perbuatan mencuri sebaliknya yang menjadi kekesalan kenapa video rakaman didedahkan kepada umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini adalah aib dan sudah tentu keluarga pemuda tersebut juga turut menerima kesan negatif. Islam melarang keras membuka aib sesama Islam. Menyebar video pemuda itu kepada tontonan khayalak umum jelas satu perbuatan yang kurang elok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkarnain berkata, rakaman video tersebut akan kekal terpapar di media sosial dan remaja itu akan berdepan kesan negatif yang berpanjangan walaupun telah bertaubat.

Menurut beliau, kesan trauma akan wujud sedangkan dengan didikan yang betul remaja itu pasti mampu bangkit berubah dan berjaya di masa hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar beliau, setiap bentuk hukuman mestilah berpandukan untuk memberi kesedaran agar tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

“Saya juga bersedia membayar kepada pihak mahkamah denda yang dikenakan terhadap pemuda tersebut berjumlah RM4,000 dan akan cuba menghubungi pihak peguamnya,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang remaja lelaki yang dimandikan seperti ‘jenazah’ selepas ditangkap kerana mencuri tabung di sebuah masjid dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majisret. – K! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Mamak News

0 MANILA: Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular dalam media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – “Daddy mana, bila daddy balik”. Demikian soal anak-anak pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari...

Sukan

0 LONDON – Tottenham Hotspur mengharapkan kemenangan ke atas Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road malam ini bagi mencerahkan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications