Hi, what are you looking for?

Mamak News

Peruntukan RM5.7 juta baik pulih, bina rumah veteran ATM


KOTA BHARU – Kementerian Pertahanan memperuntukan dana sebanyak RM5.7 juta bagi membina dan baik pulih rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, peruntukan yang telah diluluskan itu melibatkan proses baik pulih sebanyak 125 unit rumah dan pembinaan 27 unit rumah baharu.

“Sehingga kini, sebanyak 44 buah rumah telah siap dibaik pulih, manakala bagi kategori bina baharu masih belum dimulakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah Program Peduli Veteren ATM di Kampung Pulau Panjang di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam program itu, Adly turut mengumumkan bantuan untuk membaiki pulih rumah seorang veteran ATM, Che Ahmad Mamat,66, sebanyak RM17,000.

Dalam perkembangan lain, Adly memberitahu, sebanyak RM140 juta telah dibelanjakan untuk bantuan kesihatan termasuk perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubatan kepada golongan tersebut.

“Kita akan menilai dari masa ke semasa (perkhidmatan kesihatan) kerana mereka boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital awam atau hospital angkatan tentera. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Lifestyle

0 Air keluaran Borneo yang sedap dan ‘famous’ di kalangan Sabah dan Sarawak ‘First Time Aku Rasa Air Ni Kat Sabah, Lain Macam Sedap...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications