Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Pesakit kanser mahu mati selepas khatam 30 juzuk, ‘merangkak’ mengaji


PETALING JAYA – Seorang pesakit kanser tahap tiga bersungguh-sungguh mencapai impiannya untuk khatam al-Quran biarpun tidak lancar mengaji kerana malu sekiranya dijemput Allah dalam keadaan belum menghabiskan bacaan 30 juzuk kitab suci itu.

Kisah kesungguhan ibu tunggal itu diceritakan seorang ustazah dikenali sebagai Syaurah Ishak menerusi TikTok yang mana wanita berusia 40-an itu menjadi anak muridnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Syaurah menceritakan, wanita itu yang telah kehilangan suami tidak lancar membaca al-Quran serta mengambil masa kira-kira 30 minit menghabiskan mengaji untuk satu muka surat al-Quran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lepas seminggu mengaji dengan saya, wanita ini cerita semasa mudanya dahulu dia tidak membaca al-Quran. Solat pun jarang-jarang, ada masa solat dan jika tak sempat ‘its ok’. Waktu mudanya sibuk dengan kerja, mengurus anak dan suami.

“Sampai satu hari Allah uji dia dengan ‘mengambil’ suaminya secara mengejut. Waktu itu dia sangat sedih sebab dia tahu, macam mana hubungan suaminya dengan Allah. Maknanya suami dia Allah jemput dalam keadaan tidak bersedia, solat tunggang-langgang.

“Ada hari solat, ada hari tak solat dan al-Quran memang lama dah tak buka. Sampailah satu hari dia pengsan dan anaknya membawa dia ke hospital. Sebaik bangun, doktor memberitahu dia menghidap kanser tahap tiga,” katanya pada video tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anak muridnya memberitahu Syaurah bahawa hidupnya sangat gelap kerana dia mengetahui kematian itu menghampirinya dan tidak bersedia sekiranya Allah mengambil nyawa pada waktu tersebut.

“Dia berubah jadi baik, berusaha menjaga solat lima waktu sehari semalam dan dalam masa sama, dia mencari guru yang boleh mengajar al-Quran. Dia betul-betul tekad, ‘saya nak mati dalam masa sempat habis 30 juzuk al-Quran’ sebab dia kata, malu dengan Allah.

“Allah beri dia waktu usia sangat panjang dan kalau Allah tiba-tiba jemput dalam keadaan tak selesai baca 30 juzuk al-Quran, dia kata apa jawapan dia nak sebut pada Allah,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Syaurah berkata, wanita tersebut mengaji dengannya setiap hari biarpun ‘merangkak-rangkak’ dan kini, dia boleh membacanya dengan lancar kira-kira 10 muka surat dalam masa 30 minit.

“Wanita itu beritahu dahulu dia hidup jauh dengan al-Quran. Tapi sekarang bila nak makan atau nak masak, nak cepat-cepat sebab nak baca al-Quran. Rasa sayangnya dia kepada al-Quran. Kita dengar ‘malunya aku dengan dia kerana mungkin hari ini aku mengajar dia, tapi cinta dia kepada al-Quran, subhanallah’,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications