Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Pesakit Nekad ‘Lari’ Dari Hospital Untuk Mengundi


PRK Pulai: Pesakit Nekad ‘Lari’ Dari Hospital Untuk Mengundi

JOHOR BAHRU, 9 Sept (Bernama) — Demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, seorang warga emas nekad ‘lari’ seketika dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai hari ini.

Daud Ismail, 71, berkata walaupun pada awalnya niat itu dihalang petugas hospital, dia tetap bertegas untuk ke pusat pengundian Sekolah Agama Bandar, Jalan Yahya Awal, yang terletak tidak sampai tiga kilometer dari hospital dengan dibantu anak angkatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pagi tadi saya sudah bersiap untuk pergi mengundi, tetapi dilarang petugas hospital dengan alasan kurang sihat. Saya bertegas juga untuk keluar mengundi.

“Saya kata pada mereka, kalau tidak benarkan mengundi hospital kena keluarkan surat kerana mengundi itu hak saya. Jadi, saya tekad keluar dan minta anak angkat mengambil saya untuk bawa ke pusat mengundi,” katanya kepada Bernama.

Dia yang mendapatkan rawatan di HSA sejak Isnin lepas kerana menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang, jantung bengkak dan darah pekat, bersyukur kerana proses pengundian cepat dan tidak berdepan sebarang masalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia yang masuk ke bilik mengundi pada 10.29 pagi dengan berkerusi roda dan ‘uniform’ hospital serta ‘drip’ di tangan, selesai melaksanakan tanggungjawab itu pada 10.31 pagi hasil bantuan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya sangat bersemangat untuk mengundi, tak kisah siapa yang saya undi, ini tanggungjawab saya kepada negara…rasa lega sangat bila dah selesai. Harapan saya sama seperti orang lain yang mahukan wakil rakyat yang betul-betul memperjuangkan hak rakyat.

“Saya tak nak memperjudikan nasib anak cucu saya. Nasihat saya pada orang muda, keluarlah mengundi jangan ambil mudah,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebanyak 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi PRK Parlimen Pulai yang diadakan serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang melibatkan 40,301 pengundi bagi memilih wakil rakyat baharu hari ini.

Kedua-dua PRK dilakukan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

BACA: Cara Fresh Grad Nak Buat Resume Mantap Abad Ke-20

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications