Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pesara TNB tak pernah ‘MC’ selama 34 tahun


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

GEORGE TOWN – Seorang pesara kerajaan masih tidak dapat melupakan kenangannya ketika berkhidmat sebagai pembantu am di Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri ini apabila dia langsung tidak pernah mengambil cuti sakit selama 34 tahun perkhidmatan.

Kamaldin Mohd. Abdullah, 71, berkata, semua itu dilakukan atas semangat dan pe­ngorbanan sepanjang tiga dekad bertugas di agensi terbabit.

Menurut bekas tok siak di Masjid Jamek Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini, dia turut bangga apabila tempoh persaraannya itu jatuh pada bulan Ogos 2007 dan kini genap 15 tahun dia meninggalkan kerjaya tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dari jadi tukang korek jalan, menguruskan bil sehinggalah kepada seorang pemandu van, saya tidak pernah ambil atau memohon sebarang cuti sakit daripada majikan selama 34 tahun berkhidmat sejak berusia 22 tahun.

“Mahu mohon cuti akibat sakit gigi atau kepala, motosikal rosak, demam serta batuk pun tidak pernah termasuklah ketika terlibat kemalangan waktu bekerja.

“Inilah namanya sema­ngat perjuangan yang ditanam dalam diri. Memang kena ada minat untuk bekerja selain niat baik bantu keluarga,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya lagi, pengalaman berharga yang dilaluinya itu akan sentiasa dikenang setiap kali tibanya bulan Ogos, iaitu bulan di mana negara mencapai kemerdekaan.

Jelasnya lagi, meskipun tiada sebarang majlis meraikan rekod kecemerlangan tersendirinya bagi kategori bukan eksekutif di Pulau Pinang, namun dia tetap bersyukur atas per­khidmatan yang diperoleh selain menjadikan segulung sijil tamat perkhidmatan sebagai kenang-kenangan.

“Orang sekarang (pekerja swasta dan kakitangan kerajaan), lenguh sikit-sikit pun ambil cuti sakit, hujan lebat, pening lalat, motorsikal tayar pancit juga ambil cuti. Tak payah manja-manja sangatlah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Orang muda misalnya, kena ada semangat dan minat untuk bekerja. Jangan banyak akal. Ambil cuti sakit akan menyusahkan rakan pejabat lain. Jika hendak maju, kena buang sifat malas dalam diri,” nasihatnya lagi.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GAZA CITY: Insiden berbalas serangan ret antara Palestin dan Israel terus berlangsung di Gaza semalam, selepas sekurang-kurangnya 15...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) mara ke final Piala FA buat kali pertama sejak 2011 apabila mengalahkan...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Selepas meraih sambutan hebat di Indonesia, filem adiwira yang diinspirasi daripada kisah legenda, Satria Dewa:...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA – Seorang wanita di Gorontalo, Indonesia yang berjaya ‘menangkap’ suaminya curang bersama perempuan lain bertindak memecahkan cermin...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications