Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Pesara Wanita Rugi RM3.839 Juta Jadi Mangsa Phone Scam


Pesara Wanita Rugi RM3.839 Juta Jadi Mangsa Phone Scam

SHAH ALAM, 14 Sept (Bernama)— Seorang wanita pesara syarikat swasta di Subang Jaya menanggung kerugian RM3.839 juta selepas menjadi mangsa sindiket ‘phone scam’ dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kes jenayah aktiviti pengubahan wang haram.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata wanita berusia 70 tahun itu menerima satu panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali pada November tahun lalu dan memperkenalkan diri sebagai pegawai syarikat insurans serta menyatakan terdapat tuntutan insurans yang dibuat menggunakan nama pengadu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pengadu menafikan yang beliau ada membuat tuntutan insurans tersebut. Panggilan kemudian telah disambungkan kepada pihak polis dan pihak polis menyatakan nama pengadu terlibat dalam kes jenayah aktiviti pengubahan wang haram dan pengadu boleh ditangkap,” katanya, dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pemanggil kemudian menyatakan untuk mengesahkan pengadu tidak terlibat dengan aktiviti jenayah dan pihak polis perlu menyiasat akaun dan wang hasil yang dimiliki oleh pengadu serta mengarahkan wanita itu membuka akaun bank dengan mendaftar nombor telefon yang diberikan oleh suspek untuk urusan perbankan dalam talian bagi akaun yang dibuka tersebut.

“Pengadu kemudian diminta untuk menyerahkan nombor akaun dan butir-butir perbankan akaun bank itu kepada suspek supaya akaun pengadu dan hasil pendapatannya mudah untuk dikawal bagi tujuan siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Wanita itu telah diarahkan untuk memindahkan kesemua wang miliknya ke dalam akaun tersebut untuk tujuan siasatan dan tidak dibenarkan untuk mengakses akaun pengadu selama beberapa bulan untuk tujuan siasatan dan kesemua resit kemasukkan wang dalam akaun bank tersebut perlu dihapuskan atau dibuang,” katanya.

Hussein berkata pengadu yang dalam keadaan panik, ketakutan dan kegusaran telah terpedaya dan memindahkan kesemua wang dan gadaian emas miliknya berjumlah RM3.839 juta ke dalam akaun yang baru dibuka tersebut.

“Semalam, pengadu telah pergi ke bank dan membuat semakan akaun bank berkenaan dan mendapati akaun tersebut hanya berbaki RM79.59 dan baru menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, katanya, pihak polis sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai agar tidak melayan sebarang panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali serta menegaskan tiada panggilan telefon dari satu syarikat, agensi atau jabatan kerajaan yang boleh dipindahkan dari satu pihak ke pihak yang lain.

”Pihak polis juga ingin menegaskan tidak menjalankan apa-apa siasatan secara dalam talian lebih-lebih lagi mengarahkan orang ramai memindahkan wang mereka ke dalam mana-mana akaun bank untuk tujuan siasatan,” katanya.

BACA: Jangan Panik, Cara Selamatkan Tudung Rosak Sebab Masuk “Dryer”, Jadi Elok Macam Asal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Takhta Liga Super Milik JDT Kali Ke-10 Berturut-Turut ISKANDAR PUTERI, 27 Sept (Bernama) — Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Liga Super buat kali...

Mamak News

0 ALOR SETAR – Seramai 603 mangsa banjir dari tiga daerah di negeri ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 5 petang...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications