Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Pesawat Pertama Bawa Kanak-Kanak Dari Gaza Terima Rawatan Tiba Di UAE


Pesawat pertama bawa kanak-kanak

Pesawat Pertama Bawa Kanak-Kanak Dari Gaza Terima Rawatan Tiba Di UAE

ABU DHABI, 18 Nov (Bernama-WAM) — Pesawat pertama membawa seramai 15 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan keluarga mereka, tiba di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Langkah itu sebagai sebahagian daripada inisiatif UAE dalam menyediakan rawatan perubatan untuk 1,000 kanak-kanak Palestin yang ditemani keluarga mereka dari Semenanjung Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish di Mesir membawa kanak-kanak yang paling memerlukan bantuan perubatan segera.

Ini termasuk mereka yang mengalami kecederaan parah dan melecur serta pesakit kanser yang memerlukan rawatan terperinci.

Penolong Menteri bagi Hal Ehwal Luar untuk Kesihatan Maha Barakat berkata semua hospital di UAE bersedia untuk menerima baki kanak-kanak dan keluarga mereka dalam menyediakan penjagaan komprehensif serta perkhidmatan khusus mengikut piawaian antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah itu bagi memastikan mereka pulih sepenuhnya sebelum kembali dengan selamat, katanya.

“Sejak tercetusnya krisis, UAE segera menyediakan bantuan kemanusiaan dan bekalan kecemasan ke Semenanjung Gaza,” katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengeluarkan arahan untuk memperuntukkan pakej bantuan kemanusiaan sebanyak US$20 juta dan mengarahkan penubuhan hospital medan di Gaza sebagai sebahagian daripada operasi kemanusiaan ‘Gallant Knight 3’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Inisiatif membawa kanak-kanak dari Gaza untuk mendapatkan rawatan perubatan di UAE juga atas arahan Sheikh Mohamed.

Maha berkata UAE telah menghantar 51 pesawat membawa 1,400 tan bekalan makanan, perubatan dan bantuan untuk menyokong usaha bantuan di Semenanjung Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bantuan itu diselaraskan dengan organisasi-organisasi antarabangsa seperti Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber: BERNAMA-WAM

The post Pesawat Pertama Bawa Kanak-Kanak Dari Gaza Terima Rawatan Tiba Di UAE appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications