Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Peserta Himpunan RXZ Members 5.0 maut kemalangan di LPT 2


KEMAMAN – Hasrat seorang pemilik motosikal Yamaha RXZ untuk menyertai program Himpunan RXZ Members 5.0 berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 255.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Jabor di sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 11 pagi itu, mangsa, Muhammad Luqman Misnan, 30, yang berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Kemalangan sama turut menyebabkan dua penunggang motosikal Yamaha RXZ lain iaitu Aswade Ahmad, 36, dari Triang, Pahang dan Harry Aizam Hanafiah, 35, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan cedera parah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aswade mengalami patah tangan kiri dan kaki kanan, manakala Harry Aizam pula patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan ke tapak himpunan di Gong Badak, Kuala Nerus.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang Muhammad Luqman tiba-tiba hilang kawalan sebelum melanggar dua lagi penunggang lain yang berhenti di bahu kiri jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa terseret sejauh 37.5 meter sebelum mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Himpunan RXZ merupakan acara tahunan mengumpulkan pemilik Yamaha RXZC seluruh negara yang akan berlangsung esok. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications