Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Petaling Street Masuk Senarai “The Notorius Market List” Amerika, Didakwa Lokasi Jual Barang Tiruan & Cetak Rompak


Petaling Street Masuk Senarai “The Notorius Market List” Amerika, Didakwa Lokasi Jual Barang Tiruan & Cetak Rompak

United States Trade Representative (USTR) baru-baru ini telah mengeluarkan satu senarai yang digelar The Notorius Market List menerusi laporan Semakan Pasaran-pasaran Barang Tiruan dan Cetak Rompak 2022.

Menerusi senarai ini, beberapa lokasi di seluruh dunia yang didakwa mempunyai pasaran fizikal dan atas talian yang terlibat dalam penjualan barang tiruan dan cetak rompak sepanjang tahun lepas telah dikenal pasti oleh USTR.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Urusniaga terhadap barangan palsu dan cetak rompak secara berluasa ini telah mengancam keselamatan ekonomi Amerika kerana disifatkan sebagai satu perlecehan terhadap hasil kerja kami untuk mencipta dasar perdagangan yang saksama dan inklusif.

“The Notorious Markets List merupakan satu wadah yang penting bagi menggesa sektor swasta dan rakan kongsi untuk mengambil tindakan ke atas amalan-amalan berbahaya ini,” kata wakil USTR, Katherine Tai.

Dalam senarai tersebut, terdapat 39 pasaran atas talian dan 33 pasaran fizikal didapati telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pemalsuan tanda dagang serta cetak rompak hak cipta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laporan ini  turut mengenalpasti ekosistem e-dagang WeChat sebagai salah satu platform terbesar yang menawarkan barangan cetak rompak di China. Beberapa entiti atas talian turut tersenarai dalam laporan ini seperti Shopee, Ali Express, MP3 Juices, Sci Hub, Thepiratebay, Taobao dan lain-lain lagi.

Lebih mengejutkan, sebuah lokasi terkenal di Malaysia turut tersenarai dalam senarai tersebut.

Pasar Petaling Street yang terkenal sebagai salah satu lokasi utama pelancong dan aktiviti ekonomi di ibu kota turut tersenarai dalam senarai tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

USTR mendakwa, Petaling Street dikenal pasti sebagai lokasi pasaran fizikal yang menawarkan barangan palsu dan cetak rompak yang merangkumi pelbagai produk. Antara barangan-barangan palsu yang boleh ditemui disini termasuklah jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam dan beberapa barangan berjenama lain.

Memetik laporan tersebut, aktiviti jual beli di Petaling Street masih belum kembali seperti prestasinya sebelum pandemik, disebabkan kehadiran pelancong asing yang masih lagi kurang ketika ini berbanding beberapa tahun lepas.

Namun begitu, ia dipercayai terus menjadi lokasi aktiviti penjualan barangan cetak rompak kerana majoriti produk yang dijual di kawasan tersebut dipercayai merupakan barangan palsu, dakwa USTR.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Tak Mampu Bayar Denda RM 32k, Lelaki Abai Kucing Peliharaan Hingga Mati Dipenjara 20 Hari

Sumber: USTR

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement