Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Petani Australia gigit buaya untuk selamatkan diri


SYDNEY: Seorang petani Australia bertuah kerana masih hidup selepas menangkis serangan ganas seekor buaya dengan menggigit semula haiwan itu.

Pengembala lembu, Colin Deveraux dirawat lebih sebulan di hospital selepas digigit buaya air masin sepanjang 3.2 meter di Wilayah Utara.

Deveraux memberitahu ABC News, dia menggigit kelopak mata buaya itu ketika berjuang untuk menyelamatkan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Deveraux berkata, pengalaman pahitnya bermula selepas dia singgah di sebuah tasik semasa dalam perjalanan untuk membina pagar berhampiran Sungai Finniss bulan lalu.

“Saya berhenti sebentar di tepi tasik selepas melihat ikan berenang di tengah-tengah perairannya yang semakin surut. Ketika saya ingin beredar buaya itu melekap pada kaki kanan saya sebelum menarik saya ke dalam air.

“Saya cuba menendang rusuk buaya itu dengan kaki sebelah lagi sebelum menggigit reptilia itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya berada dalam kedudukan yang janggal tetapi secara tidak sengaja gigi saya menangkap kelopak matanya hingga buaya itu melepaskan saya. Buaya itu sempat mengejar saya tetapi kemudian berhenti,” katanya.

Deveraux berkata, dia menggunakan tuala dan beberapa tali untuk menghentikan pendarahan di kakinya sebelum abangnya membantu memandu sejauh 130 kilometer ke Hospital Diraja Darwin.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications