Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Petronas Catat Pencapaian Terbaik Dalam Sejarah Bagi Tahun Kewangan 2022, Untung Bersih Melonjak 51 Peratus


Petronas Catat Pencapaian Terbaik Dalam Sejarah Bagi Tahun Kewangan 2022, Untung Bersih Melonjak 51 Peratus

KUALA LUMPUR, 13 MAC (Bernama) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan prestasi kewangannya yang paling mantap dengan keuntungan bersih RM101.6 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022), meningkat 51 peratus berbanding RM50.9 bilion setahun lalu, didorong oleh keadaan pasaran yang menggalakkan tahun lepas.

Syarikat minyak dan gas negara itu merekodkan hasil paling tinggi tahun ke tahun (y-o-y) sebanyak RM375.3 bilion pada FY2022 daripada RM248.0 bilion, melonjak 100 peratus terutamanya disebabkan impak harga yang menggalakkan untuk produk-produk utama sejajar dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 70 peratus tahun ke tahun kepada RM170.7 bilion.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata ketika pada 2022 membolehkan kumpulan itu memanfaatkan kenaikan harga minyak dan gas dengan baik, tahun lepas juga menandakan peningkatan turun naik permintaan bekalan didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran dan peralihan tenaga yang dipercepatkan.

“Walaupun kami mantap dengan kedudukan yang lebih kukuh, Petronas akan terus mengukuhkan rantaian nilai bersepadu dengan fokus yang lebih terarah kepada kecemerlangan komersial dan operasi,” katanya pada majlis pengumuman prestasi kewangan Petronas untuk tahun kewangan 2022 di sini, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tengku Muhammad Taufik menegaskan Petronas akan meneruskan pengembangannya secara organik dengan meneroka peluang dan menegakkan disiplin modal dalam pelaburan semula dan mengembangkan portfolio perniagaannya.

Aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) Petronas meningkat kepada RM135.3 bilion, manakala pelaburan modal berjumlah RM50.1 bilion disumbangkan oleh projek-projek huluan dan hiliran.

Jumlah aset syarikat juga mengukuh kepada RM710.6 bilion pada 31 Dis, 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ekuiti pemegan sahamnya meningkat kepada RM401.6 bilion pada 31 Dis , 2022, terutamanya disebabkan oleh keuntungan yang dicatatkan pada tahun tersebut.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas Liza Mustapha berkata walaupun sebahagian besar penjanaan hasil adalah di Malaysia, 74 peratus daripada hasil iu direalisasikan melalui eksport dan operasi antarabangsa.

Beliau menambah perbelanjaan modal domestik meningkat sebanyak 24 peratus dengan keputusan pelaburan akhir (FID) adalah untuk 16 projek, manakala pinjaman kumpulan berjumlah RM104 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Petronas merekodkan jumlah purata pengeluaran harian sebanyak 2,434 ribu tong setara minyak (boe) sehari pada 2022, lebih tinggi daripada 2,275 ribu boe sehari pada 2021, terutamanya didorong oleh permintaan keseluruhan yang bertambah baik untuk gas di Semenanjung Malaysia ditambah dengan peluang yang direalisasikan dan prestasi yang lebih baik daripada operasi antarabangsa.

Kumpulan itu juga mencapai 37 hidrokarbon pertama, 26 FID dan sembilan penemuan penerokaan di Malaysia dan luar negara, kata Petronas.

Melangkah ke hadapan, Liza berkata industri minyak dan gas berpotensi menyaksikan harga menjadi sederhana pada 2023 memandangkan jangkaan kelembapan ekonomi, walaupun ia berdepan dengan ketidaktentuan pasaran yang berpanjangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam persekitaran ini, syarikat akan terus memacu kecemerlangan operasi dalam perniagaan terasnya sambil mengejar sasaran pertumbuhan dan kemampanan,” tambah beliau.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Sukan

3s BOLOGNA – Pengurus Besar Ducati, Gigi Dall’Igna mengakui, sangat kecewa apabila kehila­ngan jurutera terbaik­nya selepas orang kanannya itu membuat keputusan untuk me­nyertai Yamaha....

Hiburan

3s PETALING JAYA – Memasuki tahun ketiga perkahwinan, penyanyi Elizabeth Tan berharap dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan. Kata pemilik nama lengkap Elizabeth Tan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Sentiasa teng perkongsian tentang umrah.” Itu antara tip yang dikongsi pelakon Aprena Manrose agar doa dan impian setiap umat Islam...

Advertisement