Hi, what are you looking for?

Mamak News

Petronas Catat Penemuan Gas Ketiga Di Perairan Cetek Balingian


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) berhasil menemukan gas dalam telaga cari gali ‘wildcat’ Hadrah-1 di Blok SK411 yang terletak di perairan cetek wilayah Balingian, kira-kira 170 kilometer barat laut dari persisir Sarawak.

Telaga ‘wildcat’ bermaksud yang belum terbukti wujudnya minyak atau dieksploitasi sepenuhnya dan tidak mempunyai rekod pengeluaran kukuh atau telah dieksploitasikan sepenuhnya sebelum itu sebagai tapak pengeluaran minyak dan gas.

Menurut syarikat minyak negara itu, Hadrah-1 merupakan penemuan gas ketiga Petronas di wilayah tersebut pada 2021 selepas Sirung-1 dan Kulintang-1 masing-masing pada Mac dan Mei, manakala pada 2019, minyak dan gas juga ditemui di kawasan yang sama di medan D18.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Petronas menjelaskan telaga Hadrah-1 telah berjaya digerudi sehingga kedalaman keseluruhan 1,850 meter pada November 2021, dan gas ditemui dalam jujukan tebal batu pasir dan takungan karbonat berkualiti tinggi setebal kira-kira 200 meter.

“PCSB ialah pengendali blok itu, dengan 90 peratus kepentingan penyertaan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran. Baki 10 peratus dipegang oleh E&P Malaysia Venture Sdn Bhd,” menurut Petronas dalam kenyataan pada Jumaat.

Naib Presiden Cari Gali, Huluan Petronas, Emeliana Rice-Oxley berkata penemuan gas dalam telaga cari gali ‘wildcat’ Hadrah-1 oleh PCSB membuktikan lagi kemungkinan membuat penemuan minyak dan gas selain kemudian dijangkakan boleh dibangunkan secara komersial bagi kawasan Kitaran I, II dan III yang belum diteroka di wilayah Balingian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kualiti takungan terbaik yang ditemui menandakan baki potensi yang ada di kawasan sekitar, dengan PCSB berada pada kedudukan baik untuk meneruskan usaha di kawasan sama yang belum dimanfaatkan di Blok SK411 dan SK306.

“Kami berharap dapat menawarkan lebih banyak gas asli, bahan api fosil terbersih, selamat dan boleh dipercayai kepada pasaran,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Projek melombong nadir bumi lantanid di Hulu Perak telah mendapat kebenaran merancang daripada Majlis Daerah Gerik....

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANJUNG MALIM – Meskipun melakukan persiapan terakhir namun ia tidak menjadi masalah buat kuartet 4×100 meter (m) lelaki...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Selebriti versatil Alif Satar mengakui mempraktikkan prinsip mengelak daripada terjebak adegan mesra atau intim dengan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. YEREVAN: Jumlah korban insiden letupan besar di sebuah pasar di ibu negara Armenia, meningkat kepada 16 orang. Menurut...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications