Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Piala Asia: Juara bertahan tepati ramalan


DOHA – Keserasian antara dua penyerang berbisa Qatar, Akram Afif dan Almoez Ali adalah faktor utama kemenangan 1-0 juara bertahan itu ke atas Tajikistan pada aksi kedua Kumpulan A Piala Asia di Stadium Al Bayt kelmarin.

Bukan sahaja sudah bersahabat baik sejak sekian lama, tetapi kedua-dua pemain itu saling memahami antara satu sama lain, sekali gus memudahkan perancangan jurulatih Qatar, Tintin Marquez untuk merangka percaturan terbaik.

“Almoez adalah salah seorang kawan baik saya dan kami cukup memahami antara satu sama lain. Sebenarnya kami bermain bersama sudah begitu ama, jadi kami faham dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekarang kami berharap yang terbaik pada aksi akan datang,” kata Afif yang meledak gol tunggal perlawanan selepas sekali lagi menerima umpanan daripada Almoez buat kali kedua berturut-turut.

Afif, 27, yang mewakili kelab Qatar, Al-Sadd SC kini sudah meledak tiga gol dalam pertandingan kali ini, manakala Almoez juga turut merakam satu jaringan ketika menang ke atas Lebanon sebelum ini.

Satu jaringan itu sudah cukup buat Almoez apabila penyerang Al-Duhail itu melonjak ke tangga kedua senarai penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Asia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemenangan itu juga menjadikan The Maroons sebagai pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati, sekali gus melengkapkan permulaan positif Marquez sejak mula dilantik sebagai pengendali tetap Qatar bulan lalu.

“Saya begitu gembira untuk melayakkan diri selepas hanya dua perlawanan. Kami tahu betapa sukarnya perlawanan ini, namun kami tidak berikan mereka sedikitpun ruang,” kata Marquez. AGENSI

 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement