Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Piala Dunia: Alonso pertahan percaturan permainan


LUSAIL – Ketua Jurulatih Uruguay, Diego Alonso mempertahankan keputusannya menerap­kan aksi bertahan ketika tewas 0-2 kepada Portugal pada aksi Kumpulan H di ­Stadium Lusail awal pagi semalam.

Kekalahan itu menyaksikan Uruguay berada di kedudukan tercorot kumpulan dengan satu mata selain wajib menewaskan Ghana bagi membuka peluang untuk mereka layak ke pusingan kalah mati.

Alonso menjelaskan, pasukannya tidak bermain secara total bertahan, sebaliknya Uruguay menyesuaikan diri dengan situa­si permainan memandangkan Portugal lebih banyak melakukan asakan ke pintu gol mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak fikir kami mengamalkan corak permainan bertahan kerana kami perlu melihat pada situasi permainan. Jika Portugal sentiasa menyerang, sudah tentu kami perlu turun ke bawah dan bertahan.

“Kami gagal mencipta ba­nyak peluang dan kami juga terlalu mudah kehilangan bola, jadi sebab itu kami terpaksa berkampung dalam kawasan sendiri bagi menghalang serangan lawan,” katanya.

Justeru, beliau menggesa barisan pemainnya agar menampilkan aksi lebih baik dan memberikan segala-galanya menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Ghana sekiranya enggan pulang awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami wajib dapatkan kemenangan bertemu Ghana nanti, jadi saya akan cuba membentuk sistem permainan baharu. Apa yang pasti, ia akan jadi satu perlawanan sukar,” ujarnya.
– AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement