Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0


DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Ahmed bin Ali itu, skuad Samurai Biru itu gagal meneruskan momentum cemerlang seperti yang dilakukan ketika menewaskan Jerman pada aksi pertama awal minggu ini.

Kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan berhati-hati dan berdisiplin sepanjang 45 minit pertama tidak ada gerakan yang boleh membuahkan jaringan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bersambung pada separuh masa kedua, Costa Rica dilihat lebih garang tetapi memerlukan minit ke-81 sebelum dapat memecahkan kebuntuan hasil jaringan Keysher Fuller.

Jepun berusaha untuk mencari gol penyamaan dalam mencari satu mata berharga tetapi tidak berjaya dengan kekalahan 0-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan tersebut menyaksikan Costa Rica dan Jepun berkongsi tiga mata selepas mengharungi dua aksi peringkat kumpulan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement