Hi, what are you looking for?

Sukan

Piala Dunia: Ecuador belum puas hati


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

AL KHOR – Ketua Jurulatih Ecua­dor, Gustavo Alfaro meng­akui belum berpuas hati dengan barisan pemainnya meskipun menang 2-0 ke atas Qatar pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt awal pagi semalam.

Pada perlawanan sulung Kumpulan A itu, penyerang La Tri, Enner Valencia menampilkan
aksi cukup berbisa apabila meledak kedua-dua gol pasukannya sebelum dikeluarkan akibat kecede­raan lutut.

Kedua-dua pasukan terdesak untuk mendapatkan tiga mata pada perlawanan tersebut bagi mencerahkan peluang melangkah ke pusingan kalah mati ke­rana perlu berdepan Senegal dan Belanda selepas ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa yang penting adalah kami berjaya dapatkan kemenangan pada perlawanan sulung hari ini (semalam). Saya gembira kerana kami turun dengan misi untuk mendapatkan tiga mata bertemu Qatar dan kami telah berjaya melakukannya.

“Ketika rehat separuh masa pertama, pemain-pemain saya memberitahu mereka belum berpuas hati dan menampilkan aksi lebih baik di separuh masa ke­dua. Memang benar kami menang, namun prestasi itu masih belum mencukupi, kami mampu bermain dengan lebih baik,” kata Alfaro.

Ecuador akan berdepan cabaran lebih sukar selepas ini apabila bertemu Belanda Sabtu nanti dan Alfaro berharap barisan pemainnya menampilkan aksi terbaik bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan kalah mati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jika kami mahu melayakkan diri ke pusingan kalah mati, kami perlu tamatkan aksi peringkat kumpulan dengan positif. Ada sesetengah pasukan, mereka hanya menang perlawanan pertama, tetapi gagal layak ke pusingan kalah mati,” ujarnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Orang ramai kini mula mempersoalkan sama ada es akan diberikan cuti peristiwa atau tidak sempena...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila sebatang p besar nyaris menghempap kereta jenis Perodua Kancil...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meneruskan...

Sukan

3s Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Hasrat pemain skuasy perseorangan wanita, Aifa Azman untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications