Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Piala Dunia: England masih punya kualiti


DOHA – Pengendali England, Gareth Southgate enggan mengkritik prestasi barisan pemain sebaliknya memuji karakter berbeza yang ditampilkan ketika seri 0-0 dengan Amerika Syarikat (AS) pada aksi kedua Kumpulan B saingan Piala Dunia 2022 di Qatar awal pagi semalam.

Menurut Southgate, apa yang dipamerkan oleh pasukan sedikit berbeza ketika membelasah Iran 6-2 pada aksi pembukaan awal minggu ini, tetapi ia tidak menjadi masalah memandangkan peluang untuk pasukan layak ke pusingan 16 terbaik masih terbuka.

“Saya faham dengan kritikan bahawa jentera serangan kami agak tumpul pada perlawanan kali ini, tetapi harus diingat kami menentang pasukan AS yang memiliki kualiti cukup bagus khususnya di benteng pertahanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bukan mudah untuk teruskan momentum seperti perlawanan pertama khususnya dalam kempen Piala Dunia dan saya tidak terkejut pemain menunjukkan karakter berbeza untuk aksi kali ini dalam usaha meraih satu mata berharga.

“Cuma, saya harap sebarang kesilapan atau kelemahan dapat segera diperbaiki pada perlawanan terakhir menentang Wales nanti selain menyeru agar pemain dapat melupakan kekalahan ini,” kata Southgate.

Sementara itu, tonggak pertahanan The Three Lions, Kieran Trippier mengakui barisan pemain beraksi di bawah tahap sebenar, tetapi ia adalah perkara normal kerana Argentina dan Jerman turut mengalami kekalahan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“AS adalah pasukan yang bagus dan saya tidak anggap keputusan seri ini sebagai satu ‘dosa’ besar. Kami tidak pernah memandang rendah dengan mana-mana pasukan terutama AS yang membuktikan kenapa mereka dalam kelompok 20 ranking negara terbaik dunia,” katanya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement