Hi, what are you looking for?

Sukan

Piala Dunia: Hilang Neymar, Brazil goyah


DOHA – Pemain tengah Brazil, Bruno Guimaraes mengakui bahawa pasukannya bagaikan hilang sesuatu ketika mereka mengharapkan gol pada lewat permainan menerusi Casemiro untuk mencatat kemenangan 1-0 ke atas Switzerland awal pagi semalam.

Juara dunia lima kali itu ketika ini berjaya merakam kemena­ngan kedua berturut-turut sekali gus membolehkan mereka me­nempah slot ke pusingan 16 pasukan terbaik biarpun berbaki satu lagi perlawanan peringkat Kumpulan G.

Bagaimanapun, Guimaraes mengakui bahawa kehilangan Neymar menyebabkan mereka hilang sedikit kekuatan terutama dalam membentuk serangan yang lebih berbahaya dan kreativiti pemain itu dalam melakukan gerakan serta umpanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia aksi yang sukar dan saya fikir seri 0-0 sebenarnya lebih adil, tetapi apa yang penting kami telah berjaya melakukannya,” kata Guimaraes.

Pemain Newcastle United itu dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Fred yang diletakkan sebagai kesebelasan utama bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Neymar yang berdepan isu kecederaan buku lali

“Neymar adalah pemain yang kami perlukan dalam pasukan ini, dia adalah bintang yang mampu meng­ubah nasib kami. Saya fikir tidak ada seorang pun yang tidak merindui kelibatnya,” jelasnya,

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Casemiro percaya bahawa skuad Brazil yang tiba di Qatar kali ini lebih baik berbanding empat tahun lalu di Rusia apabila mereka tersingkir di peringkat suku akhir.

“Apa yang berlaku empat tahun lalu sudah kami lupakan, kini kami memiliki ramai pemain baharu. Pemain pertahanan kami cukup berpengalaman dan kali ini kami masih berjaya mempertahankan gawang daripada dibolosi,” ujarnya.
– AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 BINTANG Manchester City, Newcastle United dan Manchester United dijangka menjadi pilihan kebanyakan pengurus untuk cuba mengatur perancangan terbaik bagi Fantasi Liga Perdana Inggeris...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan termasuk...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications