Hi, what are you looking for?

Sukan

Piala Dunia: Samba Brazil ‘kuasai’ Serbia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LUSAIL – Juara dunia lima kali, Brazil tiada masalah untuk membuka kempen Piala Dunia 2022 dengan langkah kanan selepas menewaskan Serbia 2-0 pada aksi Kumpulan G di Stadium Lusail hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad A Selecao berada pada landasan tepat sebagai calon utama untuk memenangi kejuaraan Piala Dunia edisi kali ini.

Dalam aksi itu, Brazil ternyata dalam kelas berbeza dengan serangan demi serangan dilakukan berbanding Serbia sepanjang 90 minit aksi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Biarpun gagal menjaringkan gol dalam babak pertama tetapi skuad bimbingan Tite itu memegang sepenuhnya tempoh tersebut terutama menerusi percubaan Raphinha pada lewat permainan.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila Richarlison berjaya melakukan rembatan susulan selepas percubaan Vinicius Junior ditepis penjaga gol Serbia, Vanja Milinkovic-Savic pada minit ke-62.

Penyerang Tottenham Hotspur itu kemudiannya meledak gol kedua peribadi, kali ini lebih menarik menerusi gerakan akrobatik, sekali lagi hasil hantaran Vinicius pada minit ke-73.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua gol itu sekali gus menjawab segala kritikan dan membuktikan Tite membuat keputusan tepat menyenaraikan Richarlison dalam skuad Brazil kali ini.

Aksi seterusnya buat Brazil dalam saingan Kumpulan G adalah menentang Switzerland di Stadium 974, Doha pada 29 November ini. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications