Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Piala Dunia: Senegal bukan tandingan England


AL KHOR – Laungan ‘It’s coming home’ masih lagi bergema selepas England berjaya mengesahkan slot ke suku akhir apabila menyingkirkan Senegal 3-0 pada aksi 16 terbaik di Stadium Al Bayt sebentar tadi.

Ini adalah perhitungan sulung buat kedua-dua pasukan dan keputusan ini memastikan kejayaan kedua The Three Lions layak ke suku akhir dalam dua edisi berturut-turut selepas kali terakhir melakukannya pada Piala Dunia 2002 dan 2006.

Malah kemenangan kali ini juga mengekalkan rekod bersih England untuk memastikan kemenangan ke 15 The Three Lions dalam semua pertandingan ketika menentang wakil dari Afrika.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penyerang Senegal, Boulaye Dia seakan menjadi individu paling kecewa terutamanya gagal menyudahkan peluang terbaik sepanjang 30 minit awal di babak pertama termasuk rembatan jarak dekat dilakukannya pada minit ke-32 yang diselamatkan oleh penjaga gol lawan, Jordan Pickford.

Minit ke-38, jaringan pembukaan daripada Jordan Henderson memastikan nama bintang Liverpool itu berada dalam buku sejarah bola sepak England apabila muncul pemain kedua tertua yang menjaringkan gol buat The Three Lions di Piala Dunia pada usia 32 tahun 170 hari.

| Kampungmamakcom
JORDAN Henderson dua dari kiri diraikan rakan sepasukannya selepas muncul pemain kedua tertua yang menjaringkan gol buat England di Piala Dunia AFP

Berpunca daripada serangan balas pada masa kecederaan babak pertama, England makin selesa dengan kelebihan dua gol dan kali ini giliran Harry Kane merobek gawang Senegal.

Senegal menyambung aksi dengan melakukan tiga pertukaran, memasukkan Pape Gueye, Bamba Dieng dan Pape Matar Sarr namun babak kedua terus bawa tuah kepada England yang memperoleh gol ketiga menerusi Bukayo Saka pada minit ke-57.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun sudah selesa dengan kelebihan tiga gol, England jelas tidak menunjukkan rasa puas hati apabila memasukkan dua pemain berorientasikan menyerang iaitu Jack Grealish dan Marcus Rashford namun tiada lagi tambahan jaringan mampu dihasilkan.

Di peringkat suku akhir awal pagi Ahad ini, anak buah Gareth Southgate bakal mendapat ujian sebenar apabila dijadualkan menentang juara bertahan, Perancis, juga di Stadium Al Bayt. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement