Hi, what are you looking for?

Sukan

Piala FA: JDT kenduri gol 6-1 ke atas Penang FC


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan untuk melangkah ke pentas akhir Piala FA selepas kenduri gol menewaskan skuad Harimau Kumbang 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan pengendali baharu JDT, Hector Bidoglio semakin hampir menghadiahkan kejuaraan pertama buat Harimau Selatan yang kali terakhir menjulang Piala FA pada 2016.

Pada awal permainan, pasukan pelawat dilihat kental mengekang kemaraan lawan dengan menutup ruang buat juara liga lapan kali itu bagi memperoleh gol awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, disiplin yang ditunjukkan benteng pertahanan skuad bimbingan Datuk Zainal Abidin Hassan itu akhirnya runtuh setelah JDT berjaya memecahkan kebuntuan hasil jaringan Bergson Da Silva.

Gol pada minit ke-19 itu berpunca daripada rembatan deras Fernando Forestieri yang terbias setelah terkena tiang gol tepat ke arah Bergson yang melepaskan rembatan deras menerjah jaring lawan.

Lima minit berselang, gawang Penang FC dikawal penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bolos lagi, kali ini menerusi jaringan Forestieri yang mendapat umpanan cantik Shane Lowry pada minit ke-24.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketiadaan bintang skuad Harimau Kumbang, Endrick Dos Santos di bahagian tengah jelas dirasai setelah JDT bermaharajalela di tengah padang berterusan mengatur serangan.

Bersambung babak kedua, Arif Aiman tidak menunggu lama untuk memahatkan nama dalam senarai penjaring ketika perlawanan berusia tiga minit memanfaatkan umpanan Forestieri dengan melepaskan rembatan lerek menewaskan penjaga gol.

Forestieri sekali lagi berjaya mengesan Arif Aiman di bahagian sayap dengan melakukan hantaran jauh mencari pemain lincah itu yang sebelum membuat larian ke dalam kotak dan merembat deras menewaskan Hafizul Hakim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penang FC tidak hanya berdiam diri sebaliknya mencari peluang untuk memburu gol yang dapat dihasilkan menerusi tandukan Lucas Da Silva menewaskan Farizal Marlias pada minit ke-55.

Pada minit ke-62, Arif Aiman melengkapkan hatrik apabila percubaannya dalam kotak penalti terbias oleh Ahmad Sukri Hamid dan menerjah gawang lawan.

Sebelum wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan, pemain gantian, Syahmi Safari menambah derita buat Penang FC apabila meledak gol akhir melengkapkan pesta gol JDT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lawan JDT di pentas akhir akan ditentukan esok melibatkan pertembungan antara Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ADA berita sedih dan kurang enak buat semua peminat aktres jelita, Han So-hee. Han So-hee dilaporkan mengalami kecederaan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA PILAH – Seorang buruh didakwa buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SERDANG – Jabatan Perikanan (DOF) menjalin kerjasama menerusi memorandum persefahaman (MoU) bersama tiga universiti awam bagi meningkatkan pembangunan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Gabungan parti politik dikenali Gerakan Tanah Air yang dianggotai empat parti politik serta NGO Melayu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications