Hi, what are you looking for?

Sukan

Piala FA : TFC mara ke pentas akhir


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) mara ke final Piala FA buat kali pertama sejak 2011 apabila mengalahkan Selangor 4-2 menerusi sepakan penalti setelah seri 1-1 dalam aksi separuh akhir di Stadium Sultan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Penjaga gol, Rahadiazli Rahalim muncul wira Sang Penyu menyelamatkan dua sepakan penalti Selangor sekali gus memastikan TFC membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di final.

TFC bermula positif dengan mula menguji pelawat pada minit ke-18 menerusi Kipre Tchetche sebelum hantaran Mohd. Faiz Nasir nyaris ditolak oleh Yazan Al-Arab ke dalam gol sendiri pada minit ke-22.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemain kelahiran Kuala Terengganu, Nor Hakim Hassan kemudian mengejutkan TFC pada minit ke-24 apabila menyambar umpanan Quentin Cheng untuk meletakkan Selangor satu gol di depan.

Jaringan itu tidak menyentap semangat TFC yang hadir menerusi voli Manuel Ott (m-38) disusuli sepakan gunting Tchetche namun sekadar mengegar palang gol Selangor pada minit ke-42.

Gol penyamaan dicari-cari TFC akhirnya menjelma tiga minit selepas rehat melalui gerakan solo Faisal Abdul Halim yang melepasi tiga pemain sebelum melakukan sepakan menewaskan Sam Somerville.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TFC hampir mendahului namun tolakan Tchetche dari jarak dekat ditepis keluar sebelum pemain kelahiran Ivory Coast itu dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-66.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Faisal memiliki peluang terbaik pada minit ke-82 malangnya kedudukan 1-1 kekal memaksa permainan diheret ke masa tambahan.

Penjaga go TFC, Rahadiazli Rahalim menyelamatkan Sang Penyu apabila menafikan sekurang-kurang dua percubaan tepat Selangor sebelum masa tambahan tamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penentuan penalti memihak TFC apabila Rahadiazli cemerlang menafikan dua sepakan Selangor sebelum Shahrulnizam Roshasni menyudahkan sepakannya untuk kemenangan 4-2 buat tuan rumah. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Selepas meraih sambutan hebat di Indonesia, filem adiwira yang diinspirasi daripada kisah legenda, Satria Dewa:...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA – Seorang wanita di Gorontalo, Indonesia yang berjaya ‘menangkap’ suaminya curang bersama perempuan lain bertindak memecahkan cermin...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA – Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang gadis berusia 19 tahun dikahwinkan dengan ketua...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MOSCOW – Saintis-saintis menyatakan bahawa perubahan iklim, aktiviti seismik dan fenomena dikenali sebagai Chandler Wobble menjadi punca rekod...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications