Hi, what are you looking for?

Sukan

Pihak Berkuasa Brazil Ceroboh Padang, Perlawanan Brazil v Argentina Digantung


Perlawanan bagi kelayakan piala dunia di antara Brazil dan Argentina di Sao Paolo sebentar tadi digantung selepas pegawai kesihatan tuan rumah mendapati Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) memalsukan dokumen pemain mereka.

Seperti Kerajaan United Kingdom (UK), Brazil juga mengambil langkah menyenaraikan pemain yang dari benua Eropah itu dalam zon merah dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Empat pemain yang dinamakan adalah Emiliano Martinez, Cristian Romero, Giovani Lo Celso dan Emiliano Buendia. Mereka yang bermain untuk kelab Aston Villa dan Tottenham Hotspurs yang berpangkalan di England itu berada dalam skuad Argentina yang didakwa telah melanggar protokol kuarantin COVID-19 Brazil.

Mereka diturunkan dalam kemenangan ke atas Venezuela minggu lalu, namun sudah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Brazil bahawa khidmat keempat-empat mereka tidak dibenarkan berhubung peraturan pandemik itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, sebaik perlawanan bermula pegawai kesihatan mula campur tangan selepas mendapati amaran mereka tidak diendahkan.

Di bawah peraturan Brazil, pelawat yang telah berada di UK dalam 14 hari sebelum memasuki negara ini wajib kuarantin selama 14 hari semasa ketibaan.

Drama berkenaan berlaku beberapa jam selepas Agensi Pemantauan Kesihatan Kebangsaan Brazil (ANVISA) berkata pemain Liga Perdana termasuk Lo Celso, Martinez, Romero dan Emiliano Buendia memberikan “maklumat palsu” ketika memasuki Brazil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) Claudio Tapia berkata mereka sudah mengikut protokol ditetapkan FIFA.

Perlawanan yang terganggu menyaksikan anak buah Lionel Scaloni tersebut menuju ke bilik persalinan sementara kapten, Lionel Messi tetap berada di padang dan mengadakan perbincangan dengan rakan sepasukan Paris Saint-Germain, Neymar dan pegawai-pegawai perlawanan.

Messi berkata di televisyen: “Mengapa mereka memulakan permainan dan menghentikannya setelah lima minit? Kami berada di sini selama satu jam, mereka boleh memberitahu kami.”

Messi kemudian kembali ke bilik persalinan sebelum perlawanan digantung secara rasmi oleh Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan, CONMEBOL hampir sejam selepas permainan dimulakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: RASMI: Cristiano Ronaldo Sah Kembali Ke Manchester United!

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications