Hi, what are you looking for?

Covid-19

Pil Antiviral COVID-19 Tiba Di Korea Selatan Minggu Depan: PM


SEOUL, 7 Jan (Bernama) — Pil antiviral COVID-19 dijangka tiba di Korea Selatan minggu depan, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Perdana Menteri Kim Boo Kyum pada Jumaat.

“Kami akan memastikan ubat oral in akan diperkenalkan dengan cepat dalam bidang perubatan,” kata Kim ketika mesyuarat respons COVID-19 di Seoul.

Kerajaan setakat ini telah menempah ubat oral COVID-19 bagi kegunaan satu juta rakyatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Negara itu menandatangani kontrak prapembelian dengan syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat Pfizer Inc bagi pil Paxlovid untuk kegunaan 762,000 pesakit.

Kerajaan juga menandatangani perjanjian dengan MSD, anak syarikat pengeluar ubat AS Merck & Co, untuk prapembelian ubat oral bagi 242,000 pesakit.

Penghantaran pertama dijangka tiba pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan akan mengumumkan mengenai rawatan oral yang diimport itu secara terperinci minggu depan.

Kim turut meminta rombakan terhadap sistem tindak balas perubatan daripada segi kepantasan dan kecekapan bagi menghadapi penularan pantas varian Omicron.

Beliau berkata pihak berkuasa kesihatan akan mengutamakan ujian diagnostik virus kepada individu tertentu, supaya mereka yang mempunyai risiko jangkitan lebih tinggi dapat diperiksa dengan cepat menggunakan ujian tindak balas PCR.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Hiburan

0 MENDIANG merupakan antara pemuzik paling berbakat dan berpengaruh pernah dilahirkan di dunia. Kenyataan tersebut adalah satu fakta yang sukar berganjak. Tina Turner. Sepotong...

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications