Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Pilih satu lauk sahaja, bukan timbun dalam pinggan – CAP


GEORGE TOWN – Pengguna perlu memainkan peranan utama dalam mendepani isu kenaikan harga makanan terlampau di gerai dan restoran selain bijak membuat pilihan menu di premis mengikut kemampuan.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata, pihaknya juga menerima banyak aduan pengguna berhubung kenaikan harga makanan dan minimum termasuk peniaga di pasar awam.

Katanya, peniaga barangan keperluan sama ada mentah atau basah terutama yang diimport kini turut berdepan kenaikan harga yang tinggi ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pengguna tidak perlu boikot peniaga makanan dan minuman sebaliknya buatlah pilihan menu ikut kemampuan diri sendiri dan jangan terlalu membazir.

“Kurangkan amalan membeli makanan di luar dan seeloknya, masak sendiri di rumah. Lihat terlebih dahulu harga pada menu makanan atau minuman sebelum mahu membelinya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

| Kampungmamakcom
Laporan akhbar Kosmo semalam

Dalam pada itu, ujarnya, menerusi temu bual dengan peniaga, pihak terbabit juga mengatakan yang mereka kini tidak terdaya lagi menurunkan harga makanan di premis.

“Bagaimana hendak turun sedangkan harga barangan mentah makin mahal? Oleh itu, dalam keadaan krisis kewangan, (pengguna) jagalah poket sendiri de­ngan pilih hanya satu lauk atau menu dan bukannya letak bertimbun atas pinggang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Contohnya, ambil nasi de­ngan ayam, ikan atau daging sahaja. Tidak perlu ambil lebih satu lauk sekali. Jika beli nasi goreng kampung, tidak perlu tempah lagi ayam goreng atau telur dadar kerana dalam hidangan itu sudah ada ikan bilis,” ujarnya.

Justeru, beliau turut menggesa kerajaan memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu kenaikan harga makanan termasuk barang keperluan.

“Jangan tuduh sesiapa tetapi cari solusi terbaik untuk selesai masalah yang dihadapi pengguna termasuk bayaran cukai import yang dikenakan peniaga,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, Kosmo! melaporkan rata-rata pengusaha gerai dan restoran di negara ini didapati menaikkan harga makanan dan minuman mereka sehingga 40 peratus. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement