Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pilihan Raya Umum Thailand ditetapkan pada 7 Mei 2023


BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menetapkan tarikh bagi pilihan raya umum di negara ini pada 7 Mei 2023.

Kesemua calon yang berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut boleh menghantar penyertaan dari 3 hingga 7 April 2023.

Pengumuman itu dibuat selepas penggal empat tahun kerajaan dijangka berakhir pada 23 Mac tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Seksyen 102 Perlembagaan, pilihan raya umum perlu dilakukan dalam tempoh 45 hari selepas penggal kerajaan berakhir.

Suruhanjaya tersebut juga bersiap sedia sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh tersebut.

Bagi rakyat Thailand yang tidak dapat mengundi pada tarikh yang ditetapkan, mereka boleh berbuat demikian dalam undi awal iaitu pada 30 April 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Para calon yang bertanding pula boleh memulakan kempen selama 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Setia Fontaines Bertam bakal berubah wajah apabila memasuki fasa terakhir persiapan menjelang Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 anjuran Permodalan...

Lifestyle

0 Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications