Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Pintu rumah sentiasa terbuka untuk awak – Shakilla Khoriri


PETALING JAYA – “Daddy Ameena, rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa berjumpa dengan anak.”

Demikian kenyataan pelakon Shakilla Khoriri selepas didakwa melarang bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali bertemu anak tunggal mereka.

Kata Shakilla, 35, tiada niat untuk menjauhkan Fizi dengan anak mereka, Ameena Sofia selain memohon penyampai radio Hot FM terbabit berhubung secara baik demi kebaikan anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak ada istilah menceroboh sebab awak sebahagian daripada hidup Ameena. Kami sentiasa tunggu panggilan video dan mesej awak untuk berjumpa.

“Awak tidak mencari Ameena, jadi berhenti cakap saya larikan anak awak. Hentikan! Tolong berkomunikasi dengan saya secara baik dan tenang. Kita boleh lakukan,” katanya menerusi Instagram.

Sementara itu, pelakon drama Adam Dan Hawa itu mengakui penat berusaha mendekatkan Ameena dengan Fizi, namun akhirnya dianggap sebagai berniat jahat.

“Saya bersusah payah menyatukan kami bertiga sebagai ibu dan bapa kepada Ameena. Berkali-kali jemputan berkaitan Ameena ditolak kerana tidak mahu ada masa bertiga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setiap kali saya yang rendahkan diri dulu demi Ameena. Usaha demi usaha dibuat sampailah saya rasa maruah dipijak malah dituduh tidak ‘move on’ (berdamai dengan masa lalu) sebab sering kali mencari.

“Kisah saya dan dia sudah berakhir dan saya pun dah lama reda dengan semua itu. Cukuplah dengan kenyataan saya tidak bagi jumpa anak, provokasi dalam media sosial dan cerita peribadi. Saya penat!,” ujarnya.

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Nurul Shakilla Mohd. Khoriri itu enggan kisah peribadinya dibongkar dengan lebih banyak dalam media sosial kerana mahu fokus menjaga cahaya mata perempuannya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cukuplah spekulasi tentang kisah kami. Cerita kami bukanlah hidangan atau platform untuk kalian keruhkan keadaan.

“Saya tidak perlu jawab apatah lagi pamer bukti atas setiap keputusan yang saya buat untuk anak saya.

“Anak saya lebih penting buat masa sekarang tetapi saya tak nafikan hak Ameena untuk dapatkan perhatian dan kasih sayang kedua belah pihak. Apa lagi untuk memutuskan silaturrahum antara anak dan bapa,” jelasnya.

Semalam, proses Sulh berhubung isu hak penjagaan anak antara Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang juga seorang pelakon gagal mencapai kata sepakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, permintaan Fizi untuk berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia juga tidak dipersetujui Shakilla.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018 sebelum mereka mengumumkan penceraian pada Disember 2021. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement