Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Platform X haramkan slogan ‘dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’


SAN FRANCISCO: Pemilik platform X, Elon Musk mengharamkan slogan ‘dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’ dan beberapa istilah yang dikaitkan dengan perang Israel di Semenanjung Gaza termasuk ‘penjajahan’.

Menurut Musk, pengguna yang melanggar peraturan itu menyaksikan akaun mereka digantung serta-merat daripada platform tersebut.

Musk mendakwa, slogan dan istilah berkenaan umpama menyokong pembunuhan beramai-ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak sebulan lalu, penduduk dunia melaungkan slogan ‘dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’ bagi menzahirkan kebebasan untuk tanah Palestin dan rakyatnya.

Namun bagi Israel, slogan tersebut disifatkan sebagai ‘panggilan untuk melakukan keganasan’ selain melabelkannya sebagai anti-Semitik atau jenayah kebencian terhadap orang Yahudi.

Aktivis pro-Palestin mengkritik tindakan Musk dan menuduhnya mengehadkan kebebasan bersuara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minggu lalu, Jurucakap White House, Andrew Bates, mendakwa Musk mempromosikan kebencian anti-Semitik dan perkauman yang bertentangan dengan nilai teras rakyat Amerika Syarikat (AS).

Tuduhan itu mendorong syarikat utama AS yang pro-Israel termasuk Walt Disney Co, Warner Bros Discovery dan syarikat induk NBCUniversal, Comcast menghentikan iklan mereka di X.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications