Hi, what are you looking for?

PLUS Kini Sedang Menguji Pembayaran Tol Menggunakan Kad Debit Dan Kad Kredit

Mamak News

PLUS Sedang Menguji Pembayaran Tol Menggunakan Kad Debit Dan Kad Kredit


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PLUS kini dalam persediaan untuk memperkenalkan plaza tol dengan sokongan RFID di sepanjang laluan utara ke selatan, bermula 15 Januari 2022 ini. Ia sekaligus akan memudahkan lagi perjalanan pengguna, dan mempercepatkan pembayaran tol.

Pada masa yang sama, kini PLUS berkongsi mengatakan sedang menguji pilihan pembayaran tambahan menggunakan kad debit dan juga kad kredit.

Ujian rintis kini sedang dijalankan di plaza tol terpilih – namun ia tidak dinyatakan di lokasi mana. Untuk makluman, halaman khusus PLUS RFID dengan lokasi sokongan masih aktif dan tidak diketahui sama ada ia masih disokong di plaza tol berkenaan atau sebaliknya.

Sebelum ini, pada 2018 yang lepas, PLUS pernah melakukan ujian untuk PLUS RFID yang menggunakan kad debit dan kredit, namun menerima tentangan daripada pihak CIMB ketika itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berbalik kembali, melalui pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit, ia akan memudahkan lagi proses pembayaran – dan tidak perlu melakukan tambah nilai kad Touch n Go. Ini juga akan memberikan alternatif kepada pengguna.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan meluas penggunaan kad debit dan kredit di plaza tol tidak lama lagi – sekaligus lebih memudahkan orang ramai dalam membayar tol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Projek melombong nadir bumi lantanid di Hulu Perak telah mendapat kebenaran merancang daripada Majlis Daerah Gerik....

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANJUNG MALIM – Meskipun melakukan persiapan terakhir namun ia tidak menjadi masalah buat kuartet 4×100 meter (m) lelaki...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Selebriti versatil Alif Satar mengakui mempraktikkan prinsip mengelak daripada terjebak adegan mesra atau intim dengan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. YEREVAN: Jumlah korban insiden letupan besar di sebuah pasar di ibu negara Armenia, meningkat kepada 16 orang. Menurut...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications