Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

PM Anwar Akan Hadir Sidang Kemuncak Tergempar OIC


PM Anwar Akan Hadir Sidang Kemuncak Tergempar OIC

PM Anwar Akan Hadir Sidang Kemuncak Tergempar OIC

PUTRAJAYA, 10 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan pada Sabtu (11 Nov) di Riyadh, Arab Saudi.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan serangan, kekejaman dan ketidakberperikemanusiaan rejim Israel yang berterusan ke atas Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dihoskan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, sidang kemuncak itu akan turut dihadiri oleh pemimpin dan wakil negara anggota OIC.

“Sidang Kemuncak ini akan didahului dengan dua mesyuarat persediaan iaitu Mesyuarat Persediaan Peringkat Menteri pada 10 November 2023 dan Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan OIC pada 9 November,” menurut kenyataan Kementerian Luar.

Sidang kemuncak tergempar itu hasil daripada kerjasama utuh Perdana Menteri bersama beberapa pemimpin OIC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semasa sidang kemuncak itu, Perdana Menteri akan menyatakan pendirian tegas Malaysia mengenai usaha segera untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza, dengan krisis kemanusiaan masih berlarutan, serta keperluan utama bagi negara anggota OIC dan seluruh masyarakat antarabangsa untuk membantu menangani nasib dan penderitaan rakyat Palestin.

Sidang kemuncak itu dijangka akan menerima pakai satu Dokumen Hasil (Final Communique).

Anwar akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pegawai kanan kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Deepavali: Jangka Peningkatan 73 Peratus Kenderaan Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Sumber: Bernama

The post PM Anwar Akan Hadir Sidang Kemuncak Tergempar OIC appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications