Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

PM Anwar Bidas Pemimpin Perbodohkan Rakyat


PM Anwar Bidas Pemimpin Perbodohkan Rakyat

SHAH ALAM, 18 Mac (Bernama) — Rakyat khususnya orang Melayu tidak perlu lagi diperbodohkan dengan kenyataan pemimpin tertentu yang mendakwa memperjuangkan hak kaum itu, namun dalam masa sama membolot kekayaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan di bawah kepimpinannya, hak dan kedudukan Melayu, Bumiputera serta kaum lain kini lebih selamat berbanding sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ada orang sekarang setelah 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham. Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

“Jangan perbodohkan rakyat, rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka. Kumpulkan.. tonton… Tan Sri-Tan Sri, tauke-tauke besar, ini berapa kerat orang sekarang merencana untuk mengugat menggunakan sentimen kaum, mengajak orang-orang Melayu benci kepada kaum-kaum lain dan menyatakan kuasa hilang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kamu pegang tampuk kepimpinan kuasa termasuk kerajaan tiga tahun baru-baru ini, mana Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355), mana projek peningkatan dana untuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah?” katanya di sini hari ini.

Presiden PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 yang bertemakan “Malaysia MADANI, Pelaksanaan Sebuah Idealisme” di Stadium Malawati, di sini.

“Bila hilang kuasa, bila dicabar, bila takut dengan serangan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, kamu kaya berbilion-bilion, cukai tak mahu bayar, bawa lari ke luar negara, dan minta saya jadi perdana menteri apa?” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata menerusi Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya, Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada 24 Feb lepas telah meningkatkan belanjawan untuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah dan lebih kepada Sabah serta Sarawak memandangkan dua negeri itu ketinggalan dalam banyak bidang.

Perdana Menteri seterusnya mengingatkan para pemimpin agar tidak memainkan sentimen perkauman yang merugikan rakyat dan negara.

“Saya nak tegaskan jangan permainkan api perkauman, yang terbakar itu rakyat. Kamu akan lari dengan pesawat jet peribadi kamu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa yang kita lakukan empat bulan ini? Apa yang kita korbankan dalam soal bahasa, soal agama, soal hak dan kedudukan Melayu? Hak Melayu dan Bumiputera lebih selamat di bawah kita,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Mamak News

3s Kuala Lumpur, 12 Disember – Duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI iaitu penyanyi...

Mamak News

6s Puas Hati, Ni Resipi Jelly Ball Yang Korang Boleh Cuba! Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan manisan makanan yang digelar ‘jelly ball’...

Mamak News

3s Kenapa Diberikan Nama Diesel? Ini Penerangan Pak Haji Kalau isi minyak, selalu akan nampak dua bahagian di stesen minyak. Bahagian pertama adalah untuk...

Lifestyle

9s Bayi beliau ditemui masih bertali pusat oleh orang awam Kes Buang Bayi Di Semariang, Gadis 14 Tahun Diperintah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan....

Advertisement