Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

PM Mahu Penjawat Awam Teruskan Prestasi Cemerlang Ke 2024


PM penjawat awam

PUTRAJAYA, 11 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perjumpaan bersama penjawat awam menuju tahun baharu hari ini, mahu prestasi cemerlang penjawat awam diteruskan tahun hadapan dengan menerapkan nilai-nilai baik dalam pentadbiran serta tidak mengamalkan budaya selesa.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Disember di sini yang terakhir sebelum tahun baharu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata nilai-nilai baik yang mendasari Malaysia MADANI, mampu mengangkat martabat dan darjat negara.

“Kalau kita ada nilai (baik) kita terapkan dalam MADANI, saya yakin kita boleh angkat kerajaan dan hentikan kelemahan lampau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita bina daripada kekuatan itu dan kita tinggalkan berlebih-lebihan yang berlaku, mudah-mudahan kita tutup labuh tirai 2023 dengan semangat bersama dan membuka lembaran baru sejarah negara,” katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

Anwar berkata penjawat awam tidak seharusnya ada budaya terlalu selesa, sebaliknya perlu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan cemerlang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, beliau mahu penjawat awam untuk sentiasa memperbaiki diri dan mencari ikhtiar meningkatkan prodktiviti, serta mengelakkan daripada kelemahan dan kekurangan.

“Itu yang saya usulkan dari awal supaya budaya dalam politik dan penjawat awam, memberi ruang mendengar pandangan, teguran, malah kritikan yang membina,” katanya.

“Baiknya kalau ikut budaya masyarakat kita, orang umumnya bertanya kadang-kadang soalannya agak kritikal tapi sopan, kerana soal nilai dan akhlak itu dipertahankan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anwar berkata dalam usaha negara untuk menggapai langit bagi mencapai kemajuan dalam beberapa bidang baharu seperti kecerdasan buatan, digital dan tenaga baharu, penjawat awam perlu menjadikan asas agama, akhlak, budaya dan nilai untuk mengakar bumi.

“Sekurang-kurangnya kita dah bagi garis urutan keutamaan bahawa sementara kita menggapai langit … tapi kita harus sentiasa mengakar bumi.

“Yang kita nak mengapai ke langit itu ialah ideliasme baru, perubahan teknologi, digital dan sebagainya, carilah jalan dan ikhtiar supaya kita dapat mengangkat dan kembalikan maruah kepada bangsa dan negara Malaysia tercinta,” katanya yang percaya kapasiti penjawat awam mampu mengangkat keupayaan transformasi ekonomi dan sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post PM Mahu Penjawat Awam Teruskan Prestasi Cemerlang Ke 2024 appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement