Hi, what are you looking for?

Mamak News

PM mahu semua pihak akur keputusan SC dalam kes Azam


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua berlapang dada menerima keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) berhubung kes Tan Sri Azam Baki.

Malahan, beliau meminta pembangkang turut akur dan bukannya terus mempolitikkan isu saham adik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

“SC sudah pun buat keputusan dan sebagaimana kerajaan pernah kata sebelum ini, kita akan serahkan isu itu kepada penilaian pihak SC yang lebih arif dalam hal tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Eksklusif Bersama Perdana Menteri dan melancarkan Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isu berkenaan tercetus apabila Azam dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM mengakui adiknya sendiri menggunakan akaun nama beliau untuk pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Susulan itu, SC pada 6 Januari lalu meminta Azam memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kerana semua akaun sekuriti perlu dibuka atas nama pemilik manfaat itu sendiri.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 yang menetapkan urus niaga di bursa hanya dibuat oleh pemilik manfaat atau penama dibenarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, SC pada Isnin lalu mengesahkan tiada kesalahan dilakukan Azam namun keputusan itu menjadi tanda tanya seolah-olah ada tekanan pihak tertentu bagi menutup kes. – K! ONLINE



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications