Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

PM Tegaskan Tidak Akan Bertolak Ansur Sama Sekali Dengan Rasuah


PM Tegaskan Tidak Akan Bertolak Ansur Sama Sekali Dengan Rasuah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dengan isu rasuah di bawah tampuk pemerintahannya.

“Di bawah pentabiran saya, saya selaku Perdana Menteri tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya ketika sidang media.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata bahawa fokus utamanya adalah ekonomi negara.

“Saya bersyukur kerana hari ini dan seterusnya, keadaan dan keyakinan pelabur juga berubah, ringgit diperkuat dan bursa saham lebih segar,” katanya.

Beliau bercakap mengenai perkara tersebut selepas memaklumkan bahawa sidang parlimen akan diadakan pada 19 Disember ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, ketika sidang itu, usul undi tidak percaya kepadanya akan menjadi usul pertama dibahas selain angkat sumpah.

Terdahulu, sewaktu berlangsungnya sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat dihubungi oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada malam ini.

Menerusi sidang media itu, mereka dilihat sempat berbual selama beberapa minit sewaktu Anwar Ibrahim baru sahaja memberi mukadimah dalam sidang media pertamanya selaku Perdana Menteri Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anwar mengadakan sidang media pertama sebagai Perdana Menteri selepas mengangkat sumpah pada petang tadi.

Untuk makluman, Majlis Istiadat dan Angkat Sumpah Perdana Menteri itu diadakan di Istana Negara di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Sumber: Bernama TV

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement